suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disiram hujan lebat luar biasa, benih tersimpan dalam tanah gurun paling kering di dunia ’bangkit’ mekar penuh warna-warni!

Pelancong dari dalam dan luar Chile berkunjung ke lokasi itu untuk menyaksikan sendiri fenomena yang berlaku. -Foto AP

MUSIM bunga di Hemisfera Selatan membawa pemandangan luar biasa apabila sebahagian besar Gurun Atacama di Chile, yang dikenali sebagai gurun bukan kutub paling kering di dunia, kini dipenuhi bunga liar berwarna-warni.

Fenomena dikenali sebagai Desierto Florido atau gurun berbunga itu berlaku selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan akibat fenomena cuaca El Niño awal tahun ini.

Hujan luar biasa itu mencetuskan percambahan jutaan biji benih dan bebawang yang tersimpan di dalam tanah selama puluhan tahun, sekali gus menghasilkan hamparan bunga daripada lebih 200 spesies tumbuhan.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri keindahan fenomena itu.

Menurut Ketua Bahagian Pemuliharaan Biodiversiti Conaf Atacama, Cesar Pizarro, hujan lebat antara Julai hingga Ogos mencatatkan rekod di beberapa kawasan, dengan jumlah taburan hujan mencecah 190 milimeter di lokasi tertentu.

Fenomena itu dianggarkan meliputi kawasan seluas 17,000 kilometer persegi, menjadikannya antara kejadian gurun berbunga paling luas dan luar biasa sejak 1997.

Antara tumbuhan yang menghiasi gurun berkenaan ialah bunga merah dan kuning, bunga ungu serta spesies tempatan yang menjadi tarikan utama kawasan itu.

Tarikan pelancongan

Keindahan luar biasa itu turut menarik pelancong dari dalam dan luar Chile untuk menyaksikan sendiri jutaan bunga yang tumbuh di kawasan gurun memandangkan ia sebelum ini didominasi landskap berbatu dan berwarna coklat.

Menurut data Sekretariat Pelancongan Nasional Chile, wilayah Atacama dijangka merekodkan hampir 300,000 perjalanan bermalam sehingga fenomena semula jadi itu berakhir pada November.

Perubahan itu berlaku selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan akibat fenomena cuaca El Niño awal tahun ini. 

Bagi pelancong berasal dari Chile tetapi menetap di Australia sepanjang hidupnya, Felix Banda, 51, pemandangan itu jauh lebih menakjubkan daripada yang dibayangkan.

Dia menyangka gurun berkenaan hanya dipenuhi pasir dan batu berwarna coklat, namun hujan lebat telah mengubahnya menjadi landskap hijau yang dihiasi bunga-bungaan.

Seorang lagi pengunjung, Franco Moya, 37, berkata dia sanggup melakukan perjalanan hampir 1,000 kilometer bersama teman wanitanya semata-mata untuk menyaksikan fenomena itu sempena hari lahirnya.

Katanya, pengalaman melihat bunga tumbuh subur di kawasan sekering itu merupakan sesuatu yang amat menakjubkan. -Agensi

Artikel Lain