suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rebut pakej percutian eksklusif, Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia singgah ke Sunway Pyramid hujung minggu ini

Sebuah keluarga mengambil kesempatan bergambar bersama maskot di Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia.

PELBAGAI tawaran percutian menarik menanti pengunjung Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia yang berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor dari 23 hingga 25 Oktober ini.

Bertempat di Orange Zone, karnival berkenaan menghimpunkan lebih 30 pempamer yang menawarkan pelbagai promosi eksklusif, pakej percutian serta tawaran hotel, resort dan tarikan pelancongan.

Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah, permainan pentas dan aktiviti interaktif sepanjang tiga hari penganjuran.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk tiket penerbangan domestik daripada Batik Air, penginapan hotel dan resort, pakej percutian, baucar taman tema dan tarikan pelancongan, baucar beli-belah serta produk istimewa tempatan.

Menariknya, semua ruang pameran bagi edisi Selangor sudah ditempah sepenuhnya sebelum acara berlangsung, dengan lebih 30 pempamer menawarkan promosi khas yang hanya boleh didapati sepanjang karnival.

Pengunjung berpeluang membandingkan pelbagai pilihan percutian, mendapatkan maklumat terus daripada pengendali pelancongan serta merebut tawaran eksklusif untuk merancang percutian akan datang, lebih-lebih lagi menjelang cuti hujung tahun.

Pengunjung memenuhi ruang aktiviti Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia bagi memeriahkan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Pengunjung memenuhi ruang aktiviti Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia bagi memeriahkan pelbagai aktiviti yang disediakan. 

Pelbagai tarikan untuk seisi keluarga

Edisi Selangor menampilkan barisan taman tema dan tarikan pelancongan paling banyak sepanjang siri karnival berkenaan, sekali gus menawarkan pelbagai pilihan aktiviti untuk keluarga.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti mencabar, antara tarikan yang boleh diterokai ialah Skyline Luge Kuala Lumpur, Berjaya Times Square Theme Park serta OWG Group yang mengendalikan tarikan seperti Snow World dan Wet World.

Kanak-kanak dan pengunjung yang ingin menambah pengetahuan pula boleh mendapatkan maklumat mengenai Petrosains, Muzium Coklat di Kota Damansara dan Space & Time Cube Malaysia.

Pengunjung juga boleh meneroka tarikan berkaitan haiwan menerusi Glory Pets dan Ostrich Show Farm, manakala KL Hop-On Hop-Off menawarkan pengalaman bersiar-siar di sekitar bandar.

Pengunjung meneliti brosur dan mendapatkan penerangan mengenai pakej percutian di salah sebuah reruai pameran Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia.

Pengunjung meneliti brosur dan mendapatkan penerangan mengenai pakej percutian di salah sebuah reruai pameran Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia. 

Bagi yang ingin menikmati suasana alam semula jadi, pelbagai pilihan turut tersedia termasuk penginapan glamping dan skycamp, laluan kanopi, pengembaraan hutan hujan serta aktiviti ekopelancongan.

Antara pengendali yang mengambil bahagian ialah Gopeng Glamping Park dan Retreat & Skycamp Services.

Pengunjung yang gemar meneroka bandar pula boleh mendapatkan maklumat mengenai pengalaman menarik seperti menikmati pemandangan dari dek pemerhatian dan panorama latar langit bandar, selain meneroka tarikan kebudayaan, warisan serta menyertai lawatan ke pelbagai destinasi.

Sebagai negeri tuan rumah, Selangor turut mengetengahkan Selangor Fruit Valley di Rawang, iaitu taman agropelancongan yang memenangi pelbagai anugerah.

Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai tarikan di lokasi itu, termasuk aktiviti menaiki traktor dan trem, zoo haiwan jinak serta pengalaman memetik buah-buahan dan sayur-sayuran.

Wakil pempamer berkongsi maklumat mengenai tawaran penginapan dan pakej percutian kepada pengunjung yang singgah di reruai mereka.

Wakil pempamer berkongsi maklumat mengenai tawaran penginapan dan pakej percutian kepada pengunjung yang singgah di reruai mereka.

Pakej hotel, percutian pulau dan destinasi menarik

Bagi yang merancang percutian lebih panjang, hotel dan resort dari Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Johor turut menawarkan pelbagai promosi penginapan.

Pilihan yang tersedia merangkumi percutian keluarga, destinasi pantai dan pulau, lokasi peranginan di kawasan bukit dan tanah tinggi, pakej hujung minggu serta baucar penginapan.

Antara hotel dan resort yang mengambil bahagian ialah Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Jerai Hills Resort, Bayu Balau Beach Resort, MU Hotel Ipoh dan The Host Hotel.

Pengunjung yang ingin meneroka destinasi lebih jauh juga boleh mendapatkan pelbagai pakej daripada agensi pelancongan seperti Remarkable Borneo Travel and Tours, Semporna Paradise, Legend Vacations, Flywind Holidays, Rehlah Travel & Tours, Jupeter Holidays dan Tanjak Adventure.

Pakej yang ditawarkan merangkumi percutian ke pulau, destinasi menarik di Pantai Timur, bandar bersejarah serta perjalanan ke Sabah dan Sarawak, termasuk lawatan berkumpulan dan pakej yang boleh disesuaikan mengikut keperluan.

Sebelum pulang, pengunjung turut berpeluang mendapatkan kek lapis Sarawak, cenderamata, produk gaya hidup dan pelbagai barangan hadiah.

Pengunjung melihat dan mendapatkan maklumat mengenai produk makanan tempatan yang ditawarkan oleh pempamer di Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia.

Pengunjung melihat dan mendapatkan maklumat mengenai produk makanan tempatan yang ditawarkan oleh pempamer di Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia. 

Destinasi indah, harga rahmah

Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama Tourism Malaysia bersempena Visit Malaysia 2026-2027, menerusi tema Explore. Experience. Excite.

Mengangkat slogan Destinasi Indah, Harga Rahmah, karnival itu bertujuan memperkenalkan destinasi menarik di Malaysia pada harga berpatutan, selain menggalakkan rakyat meneroka keindahan negara dan merancakkan perbelanjaan pelancongan domestik.

Selangor merupakan lokasi kelima daripada enam negeri dalam siri jelajah berkenaan yang bermula di Kuantan pada Julai lalu, sebelum diteruskan ke Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

 

Pengunjung menerima hadiah tiket penerbangan pergi balik tajaan Batik Air pada sesi penyampaian hadiah sempena Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia.

Pengunjung menerima hadiah tiket penerbangan pergi balik tajaan Batik Air pada sesi penyampaian hadiah sempena Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia. 

Keseluruhan siri jelajah itu dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung sepanjang penganjurannya.

Selepas Selangor, karnival berkenaan akan menutup siri jelajahnya di Plaza Merdeka, Kuching, dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran percutian menarik dan meneroka destinasi pilihan di Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia, Orange Zone, Sunway Pyramid dari 23 hingga 25 Oktober ini.

Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan karnival berkenaan kerana kemasukan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari events.thestar.com.my/skccm.

 

Artikel Lain