suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebak dengar bapa minta hutang 3 bungkus nasi lemak, pelanggan ini tampil selamatkan maruah - “Janji anak dia kenyang”

Amalan bersedekah tidak semestinya dalam jumlah yang besar, asalkan ia dilakukan dengan ikhlas. -Gambar hiasan AI

HASRAT seorang individu yang singgah membeli sarapan sebelum ke pejabat bertukar menjadi detik menyentuh hati apabila dia secara tidak sengaja terdengar perbualan pelanggan lelaki dengan peniaga nasi lemak di gerai yang dikunjunginya.

Menurut individu berkenaan, pelanggan lelaki tersebut meminta izin untuk berhutang memandangkan dia masih belum menerima gaji.

"Cerita pagi tadi. Masa pergi kerja, singgah gerai beli nasi lemak. Semasa buat bayaran, datang seorang abang tanya dekat kakak peniaga... boleh tak hutang dulu tiga bungkus nasi lemak nak bagi anak makan sebab dah lapar. 

"Dia cakap dia kerja berdekatan, gaji belum keluar. Dia kata kat kakak tu, apabila gaji dah dapat (akan) bayar.

"Kakak jual nasi lemak serba salah. Akhirnya dia izinkan berhutang," kongsinya.

Lelaki yang bergelar bapa sanggup berkorban dan bekerja keras demi menggembirakan isteri serta anak-anak. -Gambar hiasan AI

Tersentuh dengan situasi pelanggan itu, individu terbabit mengambil keputusan untuk membayarkan makanan berkenaan kerana tidak sampai hati memikirkan perut si kecil yang kelaparan.

"Saya pun rasa kesian sebab makanan untuk anak. Terus saya QR bayar. Lepas tu saya beritahu abang tu, saya dah bayar. Mereka terkejut sebab dah bayar," tulisnya dalam hantaran diu Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Mekanik terkejut pelanggan lama muncul bayar hutang, kereta siap ‘repair’ 10 tahun lalu - “Tiba-tiba dia tergerak hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Muak dengar alasan ‘sekejap lagi transfer’, peniaga tegur sikap pembeli suka berhutang... Cuba tahan nafsu kalau tiada duit!

Tambah individu itu lagi, dia berharap bantuan kecil berkenaan sedikit sebanyak dapat menceriakan anak-anak lelaki tersebut yang menunggu si bapa membeli makanan. 

"Bagi saya, janji anak dia kenyang. Terus saya bergegas gerak ke ofis sebab lambat. Harap anak-anak dia dapat makan," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan individu terbabit yang berhati mulia dan cakna dengan situasi dihadapi orang lain.

  • Seorang individu terdengar seorang lelaki meminta untuk berhutang tiga bungkus nasi lemak kerana belum menerima gaji.
  • Lelaki itu mahu membeli nasi lemak untuk anak-anaknya yang kelaparan.
  • Tersentuh dengan situasi itu, individu terbabit terus membayarkan nasi lemak berkenaan.
  • Dia harap bantuan kecil itu dapat memastikan anak-anak lelaki berkenaan dapat mengalas perut.
  • Warga maya memuji tindakan individu itu yang prihatin dengan orang dalam kesusahan.

Malah mereka menyifatkan sikap prihatin yang ditunjukkan sebenarnya cukup bermakna buat mereka yang sedang dalam kesusahan.

"Terima kasih orang baik, semoga berlipat ganda rezeki awak.

"Demi anak-anak sanggup tebalkan muka minta hutang... insya-Allah ada ganjaran daripada-Nya untuk insan terpilih.

"Hari ini kita permudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memberikan ganjaran yang sama pada kita juga," komen netizen.

Artikel Lain