Rumah pusaka sering dijadikan tempat berkumpul adik-beradik selepas kematian kedua-dua orang tua mereka. -Gambar hiasan AI
SEORANG ibu kini hidup merana di rumah sendiri apabila dianggap seolah-olah menumpang selepas menyerahkan tanah pusaka kepada anak perempuan tunggalnya.Lebih menggores hati, anak yang pada awalnya berjanji mahu menjadikan rumah tersebut sebagai tempat berkumpul keluarga didakwa mula berubah sikap selepas melakukan kerja pengubahsuaian. Kisah itu dikongsikan seorang individu yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib ibu saudaranya, namun tidak tahu bagaimana mahu membantu menyelesaikan kemelut keluarga berkenaan.Memulakan cerita, ujarnya, ibu saudaranya mempunyai empat orang anak terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan yang masing-masing sudah diberikan dua bidang tanah.Anak-anak sering diuji dengan pemberian harta pusaka mahupun faraid. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, anak perempuan tunggalnya dikatakan berusaha memujuk ibu mereka supaya menyerahkan tanah yang menempatkan rumah pusaka keluarga, iaitu lokasi mereka membesar sejak kecil."Mak saudara saya buat pembahagian harta dekat anak-anak dia. Setiap anak dapat dua bidang tanah. Dia ada empat anak, seorang perempuan dan tiga lelaki."Sebelum ini anak perempuan dia asyik pujuk nak tanah tempat mereka membesar, tanah tu memang dah ada rumah dan menjadi tempat adik-beradik berkumpul."Tanah tu pun luas berbanding yang lain. Maka tukarlah nama tanah tu untuk anak perempuan dia," ceritanya di Thread.Seorang ibu didakwa hidup seperti menumpang di rumah sendiri selepas menyerahkan tanah kepada anak perempuan tunggalnya.Si ibu sebelum ini membahagikan hartanya kepada empat anak, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan.Namun anak perempuan itu memujuk ibunya menyerahkan tanah paling luas yang menempatkan rumah mereka membesar.Bagaimanapun, sikap anak perempuan itu didakwa berubah selepas rumah siap diubah suai.Warga maya yang menasihatkan orang ramai supaya mempertimbangkan hibah bersyarat bagi melindungi hak ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AIDifahamkan, selepas urusan pertukaran nama tanah dilakukan, anak perempuan berkenaan mengambil keputusan untuk mengubah suai rumah lama tersebut menjadi kediaman yang lebih baharu dan selesa.Tambah wanita ini, pada mulanya tindakan itu dikatakan bertujuan memastikan adik-beradik dapat pulang berkumpul bersama keluarga dalam keadaan lebih selesa.Namun, keadaan didakwa berubah selepas kerja pengubahsuaian selesai apabila si ibu kini dilayan seolah-olah hanya menumpang di rumah berkenaan."Si anak ni buat renovation (ubah suai) rumah lama tu kepada rumah baharu, katanya nak bagi selesa adik-beradik balik berkumpul.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah sendiri tapi rasa menumpang... Ibu tunggal penat tanggung 8 anak saudara, ambil keputusan ‘angkat kaki’ARTIKEL BERKAITAN: “Tiga empat hari je pun!“ - Wanita kerja ‘oversea’ jauh hati, ibu bapa selamba bagi saudara tumpang rumah baru tanpa izin"Dan sekarang dah jadi terbalik, mak saudara saya pula yang macam hidup menumpang di rumah tu. Anak tu siap cakap itu rumah dia, ikut suka hatilah nak buat apa," katanya lagi.Apa yang lebih mengejutkan, anak perempuan berkenaan turut didakwa mengungkit keberadaan ibu bapanya di rumah tersebut dengan membandingkan keadaan mereka dengan keluarga lain."Mak ayah orang lain tak ada pun duduk rumah anak setiap hari. Terkejut gila dengar, habis mak bapa kau nak duduk mana? Gila... dah kau ambil tanah dia," luahnya.Ibu bapa merupakan insan paling bahagia apabila melihat anak-anaknya gembira. -Gambar hiasan AIBuntu memikirkan nasib ibu saudaranya, individu itu tampil mendapatkan pandangan orang ramai mengenai tindakan yang boleh diambil bagi membantu warga emas berkenaan.Perkongsian tersebut mendapat perhatian meluas netizen yang turut berang dengan sikap anak derhaka itu, selain mengingatkan kepentingan membuat perancangan harta yang betul."Patutnya buat hibah bersyarat, letak nama anak tu tapi selagi tuan harta hidup, anak tak boleh nak buat apa-apa."Macam susah je nak dapat balik, dia bagi secara suka rela. Cuma anak tu jangan ingat hidup dia berkat sebab aniaya mak sendiri," demikian reaksi netizen.