Wanita yang tinggal bersendirian dinasihatkan sentiasa waspada dan mengutamakan langkah keselamatan sekiranya menerima kehadiran individu tidak dikenali. -Gambar hiasan
GADIS berusia 23 tahun berdepan detik cemas dan trauma apabila mendakwa hampir menjadi mangsa rogol kepada seorang tukang tebang pokok yang diupah oleh pemilik rumah sewanya.Kejadian berlaku ketika lelaki berusia 54 tahun itu hadir untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pokok di kawasan kediaman tersebut sewaktu mangsa tinggal seorang diri. Insiden hitam itu didedahkan rakan mangsa menerusi satu hantaran tular di laman Threads, Faizatul Nazihah, yang antara lain bertujuan memberi peringatan kepada wanita agar tidak mengambil mudah isu keselamatan.Mangsa difahamkan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. -Gambar hiasan AI"Kalau ada orang nak datang baiki benda dekat rumah kita, pastikan kita tak berseorangan. Kawan saya hampir saja nak kena rogol dengan seorang lelaki. "Kesnya, si tuan rumah minta seorang tukang datang tebang pokok dekat rumah sewa kawan saya. Kawan saya ini memang duduk seorang diri," tulisnya. Bercerita lanjut, wanita itu mendakwa suspek tiba-tiba bertindak kasar dengan menolak rakannya dipercayai sebagai cubaan untuk melakukan serangan seksual. ARTIKEL BERKAITAN: Warga Bangladesh rakam aksi intim pasangan, halau teman lelaki sebelum didakwa rogol wanitaARTIKEL BERKAITAN: “Benda macam tu jelas haram!” - Wanita pertahan ‘tabiat gelap’ dengan pasangan, anggap tak rosak mindaBagaimanapun, keberanian dan tindakan pantas mangsa yang menjerit sekuat hati berjaya menyelamatkannya selepas lelaki terbabit panik lalu terus melarikan diri dari lokasi kejadian."Si tukang itu tolak kawan saya (ada cubaan rogol). Kawan saya pun menjerit dan tukang itu terus beredar cepat-cepat."Lelaki itu umur 54 tahun. Silap kawan saya tak sempat ambil gambar lelaki itu. Memang durjana betul, dengan budak umur 23 tahun pun nak bernafsu," luahnya dengan nada kesal.Susulan kejadian traumatik itu, Faizatul menggesa rakannya untuk segera tampil membuat laporan polis demi keselamatan dan tindakan undang-undang.Seorang gadis berdepan detik cemas apabila hampir menjadi mangsa rogol seorang tukang tebang pokok di rumah sewanya.Insiden berlaku sewaktu mangsa tinggal bersendirian ketika suspek hadir untuk menebang pokok di kediaman tersebut.Tindakan pantas mangsa menjerit sekuat hati berjaya menakutkan suspek yang panik lalu melarikan diri dari lokasi kejadian.Rakan mangsa mendedahkan kejadian di Threads bagi memberi peringatan kepada wanita lain supaya tidak bersendirian ketika menerima kehadiran tukang rumah.Mangsa dilaporkan sudah membuat membuat laporan polis selepas digesa oleh rakannya untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.Ringkasan ini dijana oleh AIMenerusi tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp yang dikongsikan bersama hantaran berkenaan, mangsa mengesahkan dia sedang berada dalam proses membuat laporan di balai polis berdekatan.Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati selain tampil berkongsi beberapa petua keselamatan sekiranya wanita terpaksa berdepan dengan tukang rumah sewaktu bersendirian."Sebagai wanita yang tinggal seorang diri, saya biasanya tunggu di luar rumah sambil bersiap sedia pegang penyapu atau payung kalau ada tukang datang membaiki."Sepanjang mereka buat kerja, saya akan buat panggilan video dengan keluarga dan bercakap agak kuat. Apabila betul-betul yakin tukang dah masuk kereta dan beredar, barulah saya masuk rumah," kongsinya.