ISU segelintir kakitangan awam yang didakwa kurang komited atau suka 'mengular' ketika menjalankan tugas hingga menyusahkan orang ramai sering dikongsikan di media sosial.Sebagai contoh, ada yang terkilan kerana terpaksa hadir sendiri ke premis tertentu semata-mata untuk menyelesaikan urusan yang sepatutnya boleh dilakukan melalui panggilan telefon. Perkongsian seorang individu ini turut meraih perhatian apabila menceritakan kisah rakannya yang 'mengajar' jururawat di kaunter hospital kerana didakwa sengaja mengabaikan panggilan telefonnya. Menurut individu tersebut, rakannya yang merupakan seorang doktor pakar perunding membuat panggilan telefon untuk menukar tarikh temu janji ibunya di sebuah hospital lain.Perkhidmatan dan layanan baik yang diberi petugas menunjukkan keprihatinan mereka bagi memastikan urusan berjalan lancar. -Gambar hiasan AI"Consultant Specialist aku dulu pernah cerita. Dia nak reschedule appointment mak dia dekat SOPD (Jabatan Pesakit Luar Pakar) hospital yang lain dari hospital kami kerja. "Telefon dekat 10 kali tak angkat. Dia pun terpaksa gerak ke sana," ceritanya. Individu itu berkata, setibanya di lokasi, rakannya duduk di kerusi menunggu sebelum sengaja membuat panggilan telefon bagi melihat sendiri situasi sebenar.ARTIKEL BERKAITAN: Geram panggilan tak pernah berjawab, individu buat eksperimen pergi pejabat ‘gomen’... Apa yang dilihat memang menyakitkan hatiARTIKEL BERKAITAN: Call tak angkat, mesej tak balas pemuda terus terjah pejabat! Terkejut belum ada staf masuk kerja - “9.13 pagi masih tutup, waktu operasi mula jam 8” Apa yang mengecewakan, panggilan berkenaan dapat didengari berdering di kaunter, namun jururawat yang berada di situ didakwa tidak mengendahkannya dan terus berbual."Telefon berdering, nurse yang dekat meja buat 'dek' je, berborak."Dia telefon lagi, sama. Dia bangun, habis semua (jururawat) kena sembur. Dia kata... kau bayangkan aku yang consultant pun susah, inikan pula orang awam," kongsinya di Threads.Seorang individu berkongsi kisah rakannya yang merupakan doktor pakar perunding sukar hubungi jururawat di kaunter hospital.Rakannya membuat hampir 10 panggilan untuk menukar tarikh temu janji ibunya, tetapi tak dijawab.Dia terpaksa pergi sendiri ke hospital dan mendapati jururawat di kaunter tidak mengendahkan telefon yang berdering.Rakannya menegur jururawat berkenaan kerana mengabaikan panggilan telefon ketika bertugas.Netizen yang mempersoalkan sikap segelintir kakitangan hospital yang didakwa kurang komited.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya mempersoalkan sikap segelintir kakitangan awam yang didakwa mengabaikan panggilan telefon ketika bertugas.Mereka berpendapat perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menyukarkan urusan orang ramai, khususnya pesakit dan ahli keluarga yang memerlukan bantuan pihak hospital."Patutnya tiga kali berdering dah kena angkat. Kaunter tak boleh tak ada orang yang attend."Macam mana boleh kebal sangat telinga tu?"Jadi betul la kan, memang ada unsur mengular?" demikian antara komen netizen.