suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwa kerusi kereta kotor kesan peluh, pemandu e-hailing tuntut ganti rugi... Suruh sekumpulan pelajar bayar RM300!

Siapa sangka pengalaman sekumpulan pelajar menggunakan perkhidmatan e-hailiing bertukar menjadi mimpi buruk buat mereka. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN sekumpulan pelajar menggunakan perkhidmatan e-hailing di Kota Kinabalu, Sabah, bertukar menjadi mimpi buruk apabila mereka diminta membayar RM300 oleh pemandu kenderaan tersebut selepas didakwa mengotorkan tempat duduk.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, kumpulan pelajar dari sebuah pusat pengajian tinggi terbabit dikatakan baru sahaja selesai bermain badminton sekitar pukul 8 hingga 9 pagi sebelum membuat tempahan e-hailing.

Menurut individu yang berkongsi maklumat berkenaan, ketika kereta yang ditempah tiba, dia dan rakannya sudah pun berehat di luar dewan selama kira-kira 40 minit.

Pelajar terbabit didakwa menjadi punca kerusi kenderaan dinaiki menjadi kotor. -Gambar hiasan AI

"Selepas selesai bermain, kami berehat di luar dewan selama lebih kurang 40 minit. Sebelum menaiki kereta, driver bertanya sama ada peluh kami sudah kering.

"Kami menjawab kering kerana sudah lama berehat di luar," tulisnya.

Sebaik sahaja sampai di lokasi yang ingin dituju dia dan rakannya terus turun dari kereta seperti biasa.

Namun, suasana tiba-tiba tegang apabila pemandu e-hailing tersebut kembali mencari mereka sambil menunjukkan gambar keadaan kerusi belakang yang didakwa kotor akibat kesan peluh.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris kena langgar! Pemandu e-hailing didakwa ‘reject’ penumpang OKU berkerusi roda, tergesa-gesa tinggalkan pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat kena ‘scam’ muatan lebih, pemandu e-hailing kutuk penumpang B40 termalu sendiri... Rasa bersalah dengar alasan tak mampu tempah ‘6 seater’

Dakwa pelajar itu, segala penjelasan yang cuba diberikan langsung tidak diendahkan oleh pemandu berkenaan hingga mencetuskan perbalahan di tempat kejadian.

"Apa yang menjadi persoalan kami ialah gambar yang ditunjukkan merupakan gambar selepas perjalanan. Kami tidak mempunyai gambar keadaan tempat duduk sebelum kami menaiki kenderaan tersebut.

"Oleh itu, kami berharap perkara ini dapat disiasat secara adil. Akhirnya, kami bayar juga RM300 untuk meredakan keadaan tersebut," katanya.

Susulan insiden itu, dia membuat laporan rasmi kepada syarikat e-hailing terbabit.

Pihak syarikat memaklumkan bahawa pemandu sebenarnya tidak mempunyai hak untuk meminta sebarang bayaran tambahan secara peribadi daripada penumpang.

  • Sekumpulan pelajar di Kota Kinabalu dituntut bayaran RM300 oleh pemandu e-hailing atas dakwaan mengotorkan tempat duduk dengan peluh.
  • Penumpang mendakwa peluh mereka sudah kering kerana telah berehat 40 minit sebelum menaiki kereta.
  • Pertikaian tercetus antara pemandu dan pelajar sehingga menyebabkan kekecohan.
  • Bayaran RM300 terpaksa diberikan untuk meredakan kekecohan.
  • Syarikat e-hailing memaklumkan pemandu tidak dibenarkan mengutip sebarang bayaran ganti rugi secara terus daripada penumpang.

Dia turut menimbulkan beberapa persoalan susulan kejadian tersebut antaranya mengenai asas tuntutan yang dibuat pemandu terbabit serta bagaimana jumlah denda RM300 itu dikira.

"Kami bukan tidak mahu bertanggungjawab sekiranya benar kami melakukan kesalahan. Namun, kami juga berhak mendapat penjelasan yang munasabah dan proses penyelesaian yang adil.

"RM300 bukan jumlah yang kecil bagi kami sebagai pelajar. 

"Kami sudah membayar wang tersebut dan kini berharap perkara ini mendapat perhatian serta penjelasan yang sewajarnya," tambahnya yang berharap siasatan telus dijalankan berdasarkan bukti dan keterangan kedua-dua pihak.

Artikel Lain