SEORANG pemandu e-hailing meluahkan rasa bersalah kerana ‘menghakimi’ sebuah keluarga B40 yang menaiki keretanya dalam keadaan sesak dengan pelbagai barangan.Berkongsi cerita, lelaki itu berkata, dia menerima tempahan pelanggan dari sebuah pasar raya ke kawasan perumahan dengan kadar tambang RM9.50 bagi perjalanan sejauh tiga kilometer. Namun dia mula berasa kurang senang apabila melihat kereta dipenuhi penumpang dan barang termasuk but sarat dengan muatan.Lebih merunsingkan apabila anak kecil penumpang turut makan di dalam kenderaan.Setiap pemandu e-hailing mempunyai hak membatalkan tempahan sekiranya pelanggan tidak menepati kriteria ditetapkan. -Gambar hiasan AI"Kereta sewaan ini daripada kawan baik saya, sudah berbau dengan aroma sotong dan ikan yang sudah melebihi muatan."Tapi saya sabar, berkompromi walau geram dalam hati patutnya ambil six seater sebab naik enam orang kan? Dasar B40."Sepanjang perjalanan kerap mak tegur pada anak kecilnya jangan makan dalam kereta orang, nanti kotor," ujarnya berkongsi cerita di Threads.Namun tindakan wanita tersebut ternyata mengejutkannya apabila dia dibayar melebihi harga ditetapkan.Pemandu e-hailing akui ‘judge’ keluarga B40 naik kereta penuh barang.Penumpang naik berenam dengan bonet sarat muatan.Anak kecil makan dalam kereta, ibu berkali-kali tegur.Wanita bayar lebih dan minta maaf tak mampu ambil six seater.Lelaki rasa bersalah, sedar setiap orang ada kesusahan sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, setiba di destinasi, penumpang terbabit menghulurkan sejumlah RM20 sebagai bayaran meskipun tambang sebenar hanya RM13."Dia siap minta maaf dan cakap nanti buatlah lebih tu untuk basuh kereta, kami tak mampu untuk ambil six seater setiap minggu'," luahnya yang terasa pilu dengan pengakuan wanita terbabit.Tidak hanya itu, lelaki ini turut mengakui rasa bersalah kerana telah menghakimi keluarga terbabit pada awalnya.ARTIKEL BERKAITAN: Kereta berbau susu basi, memandu pakai kain batik... Penumpang e-hailing ini ada sebab tak sampai hati bagi ‘rating’ rendahARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing kongsi kisah tip RM20... Penumpang menangis sepanjang perjalanan, rupanya bapa tengah nazakBaginya, pengalaman tersebut menyedarkannya bahawa setiap individu mempunyai kesusahan hidup tersendiri dan tidak wajar menilai orang lain hanya berdasarkan keadaan luaran.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya menyatakan dia berhak membatalkan tempahan dibuat keluarga tersebut."Boleh cancel bang, saya akan batalkan dan cakap kereta nanti berbau ikan."Tak berbaloi betul. Patut dari pasar raya kena caj lebih sedikit," demikian reaksi netizen.