ALASAN seorang remaja perempuan berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah mengundang perhatian ramai.Pendedahan itu dibuat seorang individu menerusi Threads selepas mengetahui sepupunya tidak lagi meneruskan persekolahan atas faktor keluarga. Berkongsi cerita, ujar wanita ini, remaja tersebut merupakan anak sulung dan sudah lima tahun tercicir dalam pelajaran kerana perlu membantu menguruskan adik-beradik yang masih kecil. "Dapat tahu sepupu aku berhenti sekolah disebabkan alasan paling bodoh yang aku pernah dengar, sebab jaga adik-adiknya.Ibu bapa tidak seharusnya menafikan hak anak-anak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. -Gambar hiasan AI"Dia anak sulung, dah sekolah menengah tapi tak pasti tingkatan berapa. Adik-beradik dia ramai, ada lima orang kalau tak silap."Sepanjang lima tahun ini, empat kali aku balik kampung, tiga kali itu mak dia mengandung," luahnya yang bersimpati dengan nasib malang gadis terbabit.Tidak hanya itu, wanita ini turut mendedahkan situasi keluarga sepupunya yang disifatkan hidup dalam kemiskinan menambah kemarahannya. "Ayah dia kerja nelayan, mak pula jual ikan di pasar... dua-dua sibuk cari duit dan akhirnya anak sulung kena berkorban jaga adik-adik," tambahnya.Remaja perempuan berhenti sekolah demi jaga adik-adik.Sudah lima tahun tercicir kerana keluarga susah.Ayah nelayan, ibu jual ikan di pasar.Anak sulung dalam keluarga sering jadi ‘mangsa’.Netizen kecam ibu bapa abaikan pendidikan anak.Ringkasan ini dijana oleh AIMengakui sukar menerima alasan berkenaan, pengadu bagaimanapun menyedari situasi tersebut berlaku disebabkan ibu bapa sepupunya sendiri tidak mendapat pendidikan sempurna."Mak ayah dia pun tak sekolah dulu, jadi kitaran itu berterusan. Sepupu aku tu okay je, iyalah dia tak tahu lagi kehidupan sebenar... esok-esok dia yang kena sambung jual ikan dekat pasar."Apabila dah nampak rakan-rakan enjoy kehidupan, barulah dia akan menyesal kot," luahnya lagi.Turut berkongsi situasi yang berlaku dalam keluarga besarnya, wanita ini menyatakan kebanyakan anak sulung terpaksa bekerja menjual ikan atau menganggur.ARTIKEL BERKAITAN: Hati kering, gila jenama! Ibu sedih anak sulung berubah biadab, sanggup melawan sebab tak penuhi gaya hidup mewahARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak buat, kena libas!” - Anak sulung kongsi realiti sebenar beban miliki keluarga besar... Mak ayah paksa urus rumah tanggaNamun katanya, anak bongsu berpeluang menimba ilmu sehingga berjaya memperoleh pekerjaan yang lebih baik.Susulan itu katanya, dia sukar menerima ungkapan bahawa 'mak dulu-dulu boleh jaga anak ramai' berikutan anak sulung sering menjadi mangsa.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati selain menyifatkan pendidikan anak-anak tidak seharusnya dikorbankan walaupun berdepan kesusahan hidup."Bodoh mak ayah dia, anak jadi mangsa kena galas tanggungjawab mereka. Kalau rasa emas dah berkepuk-kepuk dan bisnes maju, sepatutnya majukan pelajaran anak, bukannya nafsu."Orang dulu beranak ramai sebab tanah sebelah rumah ada, pacak tiang terus boleh sambung-sambung jadi rumah, pastu makan hasil tanam tepi rumah je," demikian reaksi netizen.