suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dekat rumah makan lagi sedap ke?” - Wanita ‘panas’ hati murid B40 tak bersyukur, buang makanan RMT dalam besen

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila makanan RMT dibuang begitu sahaja. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja pasti akan berasa terkilan dan luluh hati apabila melihat bekas makanan yang masih penuh dengan hidangan berkhasiat, dibuang begitu sahaja ke dalam besen besar.

Berkongsi situasi menyedihkan yang berlaku di sebuah sekolah, seorang wanita mendedahkan bahawa lambakan makanan yang dibuang itu adalah daripada Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dikhususkan untuk murid daripada golongan berpendapatan rendah (B40).

Keadaan itu sekali gus menggambarkan usaha kerajaan untuk membantu anak-anak golongan rentan mendapatkan nutrisi terbaik pada hari persekolahan seolah-olah tidak dihargai.

Menyaksikan sendiri makanan yang lengkap dengan sayur dan buah-buahan itu dibuang, wanita ini kemudiannya mempersoalkan sama ada murid terlibat memilih makanan atau sebaliknya.

Murid berpeluang menikmati hidangan berkhasiat menerusi bantuan makanan percuma di sekolah. -Gambar hiasan AI

Murid berpeluang menikmati hidangan berkhasiat menerusi bantuan makanan percuma di sekolah. -Gambar hiasan AI

"Anak-anak ni nak menu RMT apa sebenarnya? Memilih. Puas nasihat, bersyukur, makan sampai habis, semua ni rezeki.

"Dekat rumah makan lebih sedap dan berkhasiat daripada ini ke?" ajunya di Thread.

Baginya, isu pembaziran makanan yang dibuang itu bukanlah kesilapan daripada pihak sekolah, guru-guru mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tambahan pula, katanya, menu dan saiz hidangan sudah ditetapkan bagi memastikan murid terutama daripada keluarga B40 mendapat makanan seimbang dan berkhasiat.

  • Wanita sedih lihat makanan RMT dibuang masih banyak berbaki.
  • Dakwa murid B40 semakin memilih makanan disediakan sekolah.
  • Tegaskan menu RMT ditetapkan demi nutrisi dan pembesaran murid.
  • Ibu bapa diminta ajar anak hargai makanan dan tidak memilih.
  • Netizen cadang menu dipelbagaikan supaya lebih menarik selera murid.

"Menu dan portion dah ditetapkan untuk pastikan tumbesaran murid dan mereka dapat nutrisi makanan yang seimbang.

"Murid B40, mak ayahnya berpendapatan rendah tapi banyak songeh dan 'mengajar' itu ini," luahnya lagi.

Justeru dia menegaskan bahawa ibu bapa sepatutnya memainkan peranan paling penting dalam mendidik anak-anak di rumah supaya tidak terlalu memilih makanan dan tahu erti bersyukur dengan rezeki yang ada.

"Ajar anak hargai makanan, bersyukur dan tak memilih. Ajar anak makan real food dan bukan junk food, minta mereka makan buah dan sayur sejak kecil," tegasnya menyelar tindakan segelintir ibu bapa yang menyalahkan pihak kerajaan berhubung situasi yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Menu ayam habis licin, nasi lemak masuk tong sampah! Guru sedih murid RMT ‘picky eater’, rayu mak ayah jangan tipu maklumat gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Diejek di sekolah sebab dapat bantuan RMT, cara si ibu 'psiko' pemikiran anak dipuji - "Kita bukan miskin"

Perkongsian yang tular itu ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Segelintir daripada mereka bersetuju bahawa murid-murid zaman sekarang perlu diajar untuk lebih menghargai makanan.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berpandangan bahawa menu RMT mungkin perlu dipelbagaikan lagi supaya lebih menarik selera kanak-kanak, selain menyentuh isu emosi murid.

"Aku bukan nak judge tapi kalau budak betul-betul susah, nak jumpa ayam sebulan sekali pun belum tentu... memang akan makan licin.

"Boleh tak letakkan makanan RMT dalam pinggan biasa macam budak berbayar, kadang-kadang mereka malu makan RMT sebab dipandang sinis.

"Dekat bekas makan tu tulis nama pelajar dan kelas dia, kalau tak mahu makan nanti bagitahu ibu bapanya terus," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain