MENONTON konsert artis kegemaran secara langsung pastinya menjadi pengalaman yang cukup mengujakan dan sukar dilupakan buat para peminat.Ketika ini, media sosial sedang kecoh dan hangat membincangkan tentang konsert penyanyi popular antarabangsa The Weeknd yang dijadualkan bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada November depan. Namun, bagi mereka yang baru pertama kali mahu merasai pengalaman menonton konsert secara langsung, pasti ada banyak persoalan bermain di minda.Tapi anda jangan risau. Menurut seorang pengguna Threads dikenali sebagai Yasmin, berikut merupakan lapan tip penting untuk memastikan pengalaman konsert pertama anda berjalan lancar dan lebih bermakna.1. Pengunjung tidak perlu membawa air kerana kebiasaannya terdapat penjual makanan dan minuman di dalam venue, selain kebanyakan penganjur juga tidak membenarkan makanan atau minuman dari luar dibawa masuk.2. Elakkan membawa beg bersaiz besar bagi memudahkan urusan pemeriksaan keselamatan serta pergerakan di dalam stadium.3. Tripod juga lazimnya tidak dibenarkan dibawa masuk ke venue konsert kerana dianggap mengganggu keselamatan dan keselesaan pengunjung lain.Terdapat beberapa barangan terlarang yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam venue konsert. -Gambar hiasan AI4. Pengunjung disarankan membawa kipas kecil memandangkan keadaan di dalam stadium selalunya panas dan dipenuhi orang ramai.5. Powerbank juga penting untuk dibawa sebagai persediaan sekiranya bateri telefon cepat habis akibat penggunaan berterusan sepanjang acara berlangsung.6. Rangkaian di dalam stadium kebiasaannya kurang stabil, jadi anda disarankan mematikan fungsi internet bagi menjimatkan penggunaan bateri telefon ketika merakam video.7. Ketika merakam video, pengunjung disarankan untuk mengurangkan sedikit kadar exposure bagi mendapatkan hasil rakaman yang lebih jelas dan tidak kabur.8. Selain itu, pemilihan pakaian dan tudung yang selesa juga amat penting kerana keadaan di dalam stadium boleh menjadi agak panas, sekali gus membantu mengelakkan rasa tidak selesa sepanjang konsert berlangsung.