TIDAK kira sama ada pendaki baharu mahupun yang sudah berpengalaman, risiko untuk tersesat di dalam hutan ketika melakukan aktiviti pendakian sentiasa ada dan boleh menimpa sesiapa sahaja.Jika anda berada dalam situasi ini, perkara paling kritikal yang perlu dilakukan adalah memperlahankan pergerakan serta mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk akibat panik. Dalam kebanyakan situasi, pendaki yang tersesat berdepan masalah lebih besar kerana mereka terus berjalan dalam keadaan keliru.Mengapa 10 minit pertama selepas tersesat sangat penting?Menurut laman web The Survival University, pendaki yang menyedari mereka sudah tersesat biasanya akan meneruskan perjalanan demi mencari jalan keluar.Ramai yang meyakinkan diri jika mereka terus berjalan, laluan yang betul akan muncul semula, sekali gus boleh keluar daripada situasi itu.Sikap panik boleh menyebabkan situasi tersesat semakin buruk. -Gambar hiasan AINamun harus diingat, pergerakan tanpa arah yang jelas jarang menyelesaikan masalah, sebaliknya ia menjadikan situasi semakin buruk.Setiap langkah ke arah yang salah akan menjauhkan lagi mereka daripada tempat kesilapan bermula, dan kawasan sekeliling menjadi semakin asing setiap minit.Sebab itulah sepuluh minit pertama selepas menyedari anda tersesat sangat penting. Saat itu memberi peluang untuk memperlahankan diri, menilai semula keadaan dan membuat keputusan dengan tenang, bukannya bertindak mengikut naluri semata-mata.Keupayaan mengawal situasi pada saat itu sering menentukan sama ada masalah tersebut kekal sebagai kesilapan arah yang masih boleh diatasi atau berubah menjadi keadaan yang jauh lebih serius.Perkara pertama yang perlu dilakukan jika tersesat ketika mendaki- Berhenti bergerak dan kawal panik- Perhatikan kawasan sekeliling dengan teliti- Ingat semula lokasi terakhir yang anda pasti- Periksa peta, kompas, atau GPS- Cuba periksa sambungan rangkaian telefon untuk menghubungi rakan, keluarga atau pihak berkuasa- Jika penat, cuba cari tempat selamat untuk berehat, namun perlu berhati-hati dengan haiwan berbisa- Buat keputusan dengan tenang sebelum kembali meneruskan perjalanan