RAMAI individu sanggup berbelanja besar demi membeli telefon pintar seperti iPhone yang dilengkapi dengan teknologi terkini.Namun kadang-kala ada pembeli yang kecewa apabila peranti mahal itu gagal menghasilkan gambar berkualiti tinggi seperti diharapkan. Hakikatnya, masalah itu bukanlah berpunca daripada harga telefon semata-mata.Sebaliknya, ramai tidak sedar tetapan kamera yang mereka gunakan sebenarnya boleh menjejaskan kualiti gambar tanpa disedari.1. Auto HDRAuto HDR kadang-kala membuatkan gambar kelihatan terlalu diproses, muncul kesan cahaya pelik dan tona kulit nampak tidak natural. Sebaiknya gunakan Smart HDR untuk hasil lebih semula jadi.Cara-cara: Settings → Camera → Auto HDR → Off2. ProRAW Hidupkan fungsi ProRaw kerana tetapan ini memberi lebih banyak kawalan ketika proses suntingan selain membantu menghasilkan detail dan warna yang lebih cantik.Cara-cara: Settings → Camera → Formats → Apple ProRAW → OnGenerasi baharu tidak lagi menggunakan DSLR, sebaliknya hanya bergantung kepada peranti seperti iPhone untuk menghasilkan foto berkualiti. -Gambar hiasan AI3. Exposure Ramai tidak tahu iPhone cenderung menghasilkan gambar terlebih exposure. Jadi, anda perlu mengurangkan sedikit brightness untuk kualiti gambar yang lebih tajam dan sedap dipandang.Cara-cara: Open Camera → Tap screen → Brightness4. Grid Komposisi yang baik boleh menjadikan foto anda kelihatan lebih menarik.Untuk menyelaraskan komposisi dengan baik, anda boleh menggunakan fungsi Grid yang ditawarkan menerusi peranti iPhone.Dengan fungsi ini, anda boleh menyusun subjek menggunakan teknik rule of thirds supaya hasil foto nampak lebih profesional.Cara-cara: Settings → Camera → Grid → On5. Lens CorrectionTetapan ini kadang-kala boleh membuatkan imej kelihatan sedikit warped atau tidak natural. Menutup fungsi tersebut membantu gambar anda kelihatan lebih asli.Cara-cara: Settings → Camera → Lens Correction → Off