Ramai yang mendegar muzik bagi menghilangkan bosan serta rasa mengantuk ketika memandu. -Gambar hiasan AI
RAMAI antara kita gemar mendengar lagu ketika memandu, namun satu kajian menunjukkan muzik boleh memberi kesan lebih besar terhadap pemanduan seseorang. Satu kajian oleh penyelidik dari Universiti Teknologi China Selatan mendapati seseorang lebih cenderung memandu secara berbahaya apabila mendengar lagu berirama rancak. Kajian Universiti Teknologi China Selatan melibatkan peserta yang memandu di lebuh raya enam lorong selama 20 minit sambil mendengar muzik rock, muzik ringan, atau dalam keadaan senyap. Hasil kajian mendapati lagu berirama pantas bukan sahaja meningkatkan kekerapan pertukaran lorong, malah turut meningkatkan kelajuan pemanduan.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai goyang kepala layan ‘Chop Suey’ sambil memandu... Rupanya tersenarai 10 lagu berisiko jadi punca kemalanganKajian dari London Metropolitan University pula mendapati tempo terbaik untuk pemanduan selamat ialah muzik yang menyerupai kadar denyutan jantung manusia, iaitu sekitar 60 hingga 80 denyutan seminit (BPM). Lagu yang lebih bising dan meningkatkan kadar denyutan jantung didapati paling berbahaya.Kajian Universiti Teknologi China Selatan menyenaraikan lima lagu yang dianggap paling berbahaya untuk didengar semasa memandu, iaitu:“American Idiot” — Green Day“Party in the USA” — Miley Cyrus“Mr. Brightside” — The Killers“Don’t Let Me Down” — The Chainsmokers“Born to Run” — Bruce SpringsteenDapatan kajian yang diterbitkan pada 2019 itu turut menyebut lagu “American Idiot” berbahaya kerana ua mempunyai 189 denyutan seminit.