suria

Ramai goyang kepala layan ‘Chop Suey’ sambil memandu... Rupanya tersenarai 10 lagu berisiko jadi punca kemalangan

Medengar lagu di dalam kereta menjadikan perjalanan lebih seronok. -Gambar hiasan AI

MENDENGAR muzik di dalam kereta sememangnya menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.

Namun begitu tahukah anda bahawa sesetengah lagu boleh mengundang bahaya apabila dimainkan semasa memandu.

Satu kajian menunjukkan lagu tertentu sebenarnya boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

Ahli psikologi dan profesor dari England, Dr. Simon Moore menjalankan kajian terhadap 40 buah lagu paling popular di Spotify pada tahun 2017 dan bagaimana ia mempengaruhi kemahiran pemanduan.

Dia bersama penyelidik lain dari London Metropolitan University menggunakan aplikasi MotorMate bagi memantau kesan muzik terhadap beberapa peserta kajian.

Peserta terlebih dahulu memandu sejauh 402 kilometer (km) tanpa sebarang muzik untuk mendapatkan bacaan asas, kemudian meneruskan perjalanan sejauh 400 km lagi sambil memainkan lagu-lagu popular dari pelbagai genre seperti jazz, heavy metal, hip-hop dan klasik.

Dr. Moore menilai kesan setiap lagu berdasarkan dua elemen utama:

Tempo: Kadar kepantasan muzik dimainkan, biasanya diukur dalam beats per minute (BPM).

Tenaga: Sejauh mana sesebuah lagu itu kedengaran kuat dan bertenaga, diukur pada skala 1 hingga 10.

Muzik boleh menghilangkan kesunyian ketika memandu sendirian. -Gambar hiasan AI

Dia mendapati terdapat lagu-lagu tertentu yang mendorong pemandu untuk memandu lebih laju. 

Malah, kajian menunjukkan peserta lelaki dan wanita memandu dengan lebih tidak menentu apabila muzik klasik dimainkan, berbanding memandu tanpa sebarang muzik.

"Rentak laju boleh menyebabkan keterujaan dan rangsangan yang menjadikan seseorang lebih fokus pada muzik berbanding jalan raya,” kata Dr. Moore. 

Menurut penemuan Dr. Moore, lagu yang melebihi 100 BPM mungkin terlalu rancak untuk perjalanan biasa.

Tanpa mengira genre, lagu dengan rentak antara 60 hingga 100 BPM dianggap paling selamat untuk didengar semasa memandu.

Berikut ialah antara lagu paling berbahaya untuk didengar semasa memandu, menurut kajian Dr. Moore.

10. Immigrant Song by Led Zeppelin (113 BPM)

9. Chop Suey by System of a Down (127 BPM)

8. Castle On The Hill by Ed Sheeran (135 BPM)

7. I can’t drive 55 by Sammy Hagar (135 BPM)

6. Sandstorm by Darude (136 BPM)

5. Top Back by T.I (160 BPM)

4. The Pretender by Foo Fighters (173 BPM)

3. Notget” by Björk (179 BPM)

2. The Rock Show by Blink 182 (193 BPM)

1. Prophets of Rage by Prophets of Rage (200 BPM)

Artikel Lain