suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Depan parents pijak semut tak mati” - Gadis hanya bertahan 3 minggu kerja di taska, trauma tengok cara kasar pengasuh jaga budak

Seorang wanita melalui episod hitam ketika bekerja di sebuah taska. -Gambar hiasan

NIAT seorang gadis ingin mencari pengalaman bekerja di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) bertukar trauma apabila menyaksikan sendiri layanan kasar pengasuh terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Bercerita mengenai pengalamannya, sejak hari pertama bekerja dia sudah 'dihidangkan' dengan sikap pengasuh yang disifatkan sebagai talam dua muka terutama di hadapan ibu bapa.

"Depan parents Ya Allah pijak semut pun tak mati! Cakap lemah-lembut. (Waktu itu) aku sambut budak-budak ini.

"Muka masing-masing macam tak okay. Senyum pun tidak. Ada yang menangis, tidak mahu kena tinggal. Aku pujuk elok sahaja.

"Tapi sebaik sahaja sesi mak ayah hantar anak selesai, tiba-tiba semua berubah perangai! Daripada senyum, terus mencuka.

Kanak-kanak biasanya akan menunjukkan tanda-tanda sekiranya mereka mengalami sebarang bentuk penderaan ketika berada di taska. -Gambar hiasan AI 

"Tiba-tiba diherdiknya budak-budak itu. Pagi-pagi lagi sudah kena maki hamun," dakwanya seperti dikongsikan di Threads. 

Lebih menyedihkan, dia tidak dapat memujuk atau mendukung bayi berusia sekitar enam bulan walaupun si kecil sedang meragam.

Sebaliknya, dia diarahkan staf lain supaya membiarkan sahaja bayi tersebut di atas lantai.

Malah dakwanya, kesemua kanak-kanak biasanya ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah bilik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah ingatkan lebih awal tapi dia diam saja” – Bekas isteri Shuk Sahar risau taska anak penuh, punca tuntut bayaran segera

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh perli ibu bapa hantar anak ke taska walaupun jerebu, wanita sedih dituduh pentingkan kerja - “Ingat kami ada pilihan ke?”

Manakala ketika waktu makan, ada pengasuh menyuap makanan secara paksa tanpa memberi peluang untuk mereka menelan sehingga menyebabkan ada di antara mereka hampir termuntah.

"Dia sumbat sahaja semua mulut budak-budak itu macam anak ayam. Ada yang lambat makan, tak sempat telah sudah kena sumbat lagi.

"Sudahlah tak bagi luah, sampai nak termuntah pun tetap kena paksa makan.

"Sebab itu saya tak hairan kalau ada kes budak mati tersedak atau tercekik," luahnya lagi.

  • Bekas pekerja taska mendedahkan sikap pengasuh yang berpura-pura di hadapan ibu bapa sebelum bertukar kasar sebaik mereka pulang.
  • Kanak-kanak didakwa dimaki hamun pada waktu pagi, manakala bayi yang menangis pula dilarang dipujuk dan dibiarkan sendirian di dalam bilik.
  • Pengasuh turut didakwa menyuap makanan secara paksa sehingga kanak-kanak hampir muntah.
  • Seorang kanak-kanak yang tidak melakukan sebarang kesalahan juga didakwa ditampar secara tiba-tiba tanpa sebab munasabah.
  • Wanita lepasan SPM berkenaan berhenti kerja selepas tiga minggu kerana trauma.

Situasi sama didakwa berulang ketika waktu mandi apabila mendakwa kanak-kanak diminta beratur dan disiram air secara kasar tanpa dibersihkan menggunakan sabun dan syampu.

Malah dakwanya ada di antara mereka dipukul di bahagian kepala atau terjatuh di dalam bilik air akibat ketakutan.

Kemuncak kepada penderitaan emosi dialaminya adalah saat melihat seorang kanak-kanak ditampar tanpa sebarang sebab munasabah.

Tidak sanggup bersubahat dan menanggung tekanan perasaan melihat penderaan emosi dan fizikal terhadap kanak-kanak tersebut, dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas hanya tiga minggu berkhidmat.

"Sampai sekarang saya berharap budak-budak itu semua gembira dan sihat. Tidak mengalami trauma atau kesan akibat penderaan mental," ujarnya.

Artikel Lain