suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siang makan gaji, malam buat e-hailing... Wanita tak sangka kesibukan teman lelaki cari rezeki beri kesan begini

Lelaki yang baik akan bekerja keras demi menghalalkan cinta hatinya. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN hubungan cinta berakhir kerana tiada persefahaman atau berlakunya kes curang.

Namun, lain pula kisahnya melibatkan pasangan ini apabila hubungan mereka semakin renggang kerana kekangan masa.

Menurut seorang wanita, dia terasa seolah-olah dipinggirkan apabila teman lelakinya tidak meluangkan banyak masa bersamanya.

Ramai lelaki sanggup melakukan dua kerja demi mengumpul wang untuk berkahwin. -Gambar hiasan AI

"Gagalkah aku sebagai teman wanita kalau tak boleh faham kepenatan si dia? Dia kerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Saya juga kerja begitu.

"Tapi dia pula, lepas habis kerja, akan sambung buat e-hailing sampai pukul 8 malam. Lepas balik, dia akan mandi, makan, solat dan hubungi saya dalam pukul 9.45 malam.

"Apabila pukul 10, dia beritahu dah mengantuk, dia nak tidur 10.15. Isunya saya rasa kami makin jauh sebab tak sempat jumpa dan bersembang," luah wanita itu.

  • Seorang wanita tular selepas berkongsi ujian yang dilalui dalam hubungan percintaannya.
  • Dia mengakui sunyi kerana teman lelakinya sibuk dengan kerja dari pagi sehingga malam.
  • Teman lelakinya bekerja sebagai pemandu Grab selepas tamat kerja hakiki pukul 6 petang.
  • Netizen beri nasihat agar wanita itu memahami kepayahan hidup yang dilalui teman lelakinya.

Perkongsian di aplikasi Threads itu menerima pelbagai komen, malah ramai yang meminta wanita berkenaan agar memahami kepayahan dilalui teman lelakinya.

"Biar dia pulun kerja sampai tak ada masa nak borak sebab nak halalkan kau. Lepas cukup duit, tunang dan kahwin, lepas tu boraklah banyak-banyak.

"Sebelum meluah dekat Threads, cuba komunikasi dulu dengan dia. Lelaki kalau sudah sedia nak kahwin, memang dia akan kerja keras. Kadang pasangan pun terabai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi 3 kerja part time paling ‘masyuk’, boleh berbelanja tanpa sentuh gaji... Elak masuk bahagian retail

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar gigih buat 2 kerja part time demi miliki gim sendiri - “Saya tanya mak, dia beri kebenaran”

"Awak carilah penganggur. Yang kerja keras macam ni awak tinggalkan je. Semak otak dia dengan kerja lagi, nak melayan merajuk entah apa-apa lagi," tulis netizen.

Beberapa individu pula berpandangan lelaki berkenaan sepatutnya tahu membahagikan masa walaupun sibuk dengan kerja.

"Cuba awak jangan cari dia. Cuba senyap beberapa hari, tengok dia cari awak tak? Waktu itu, barulah awak tahu status hubungan dengan dia.

"Tak kisah dia nak kerja sampai malam. Tapi dia kena tahu macam mana nak uruskan masa dengan awak agar awak tak sunyi. Lama-lama boleh jadi emosi," tulis netizen.

Artikel Lain