suria

Pelajar gigih buat 2 kerja part time demi miliki gim sendiri - “Saya tanya mak, dia beri kebenaran”

Arif melakukan senaman di gim yang dibina di kediamannya sendiri.

MINAT terhadap aktiviti kecergasan menjadi inspirasi utama yang mendorong pelajar ini untuk memiliki gim peribadi di rumahnya.

Menurut Muhammad Arif Madzlan, 24, dia turut melakukan kerja sambilan sebagai pemandu Grab dan jurulatih kecergasan dalam usaha mengumpul wang untuk merealisasikan impian itu.

Menetap di Cheras, Selangor, dia yang senang disapa Arif mendedahkan sudah berbelanja kira-kira RM7,000 bagi melengkapkan peralatan untuk digunakan dalam gim tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurus sampai digelar penagih, lagi parah ditinggalkan kekasih... lihatlah abang sekarang dah sado!

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk sado 53 tahun tiba-tiba famous, video bersenam terima ratusan ribu tontonan... ramai pula calonkan diri nak jadi isteri

"Saya masih belajar, jadi saya kumpul duit sikit-sikit. Saya buat kerja sebagai pemandu Grab sejak umur 21 tahun. Pada masa sama, saya juga jadi jurulatih kecergasan.

"Gim di rumah bermula tahun 2021 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan. Kebetulan ruang di tingkat atas rumah terbiar dan ada kerusi lama saja.

"Saya tanya mak dan dia beri kebenaran. Saya tambah peralatan sikit-sikit sehingga lengkap set macam gim. Setakat ini saya dah berbelanja dalam RM7,000," ujarnya.

arif2

Arif pernah berbadan kurus suatu masa lalu.

Mesra disapa Arif, pelajar bidang Sains Sukan di Universiti Tunku Abdul Rahman itu mengakui minatnya terhadap bidang kecergasan mula membuak-buak sekitar empat tahun lalu.

Jelasnya, proses untuk menjalani gaya hidup sihat tidak semudah yang disangka, namun dia banyak mencari ilmu agar dapat melaluinya dengan betul dan tidak memudaratkan kesihatan diri.

Tapi paling penting, kita kena ada sasaran. Mindset sangat penting. Disiplin juga kena konsisten.

ARIF

"Dulu, saya selalu main bola hingga jadi wakil untuk team diploma. Lepas habis bola, saya obses main game. Tapi saya sedar ia tidak sihat, badan saya pun kurus kering ketika itu.

"Jadi saya buat keputusan untuk ubah diri. Saya bermula sendirian. Buat kajian sendiri, tiada jurulatih pun. Tahun pertama dan tahun kedua memang sukar.

arif3

Arif merupakan pelajar bidang Sains Sukan.

"Saya bermula dengan ilmu yang kosong. Memang banyak tengok YouTube dan baca artikel. Tapi paling penting, kita kena ada sasaran. Mindset sangat penting. Disiplin juga kena konsisten," ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Di sebalik kesibukannya sebagai pelajar dengan dua kerja sambilan, Arif juga tak lokek berkongsi ilmu dan motivasi berkaitan kecergasan menerusi Instagram dan TikTok miliknya.

Malah kata jejaka itu, dia turut menerima banyak soalan berkaitan kecergasan selepas video-video miliknya tular di media sosial.

arif6

Ruang gim yang dibuat di kediamannya.

"Saya bermula di Instagram, kemudian kawan cadangkan agar saya buat TikTok. Saya gembira video-video yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

arif7

Arif sebelum ini aktif dalam sukan bola sepak.

"Setiap hari saya hadapi cabaran nak rakam video. Ada kalanya tak menjadi, kena rakam lagi. Tapi saya tak pernah berhenti berusaha.

"Ramai juga yang mesej dan bertanya pelbagai soalan. InsyaAllah jika berkelapangan saya akan jawab," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain