suria

Cef viral murah senyuman dah move on selepas ‘kehilangan’... akui lesung pipit jadi tarikan, cuma jodoh tak kunjung tiba

Amieroul memiliki pengalaman enam tahun sebagai cef hotel.

PERJALANAN enam tahun jejaka ini dalam bidang perhotelan bagaikan terhenti apabila pandemik Covid-19 melanda.

Biarpun kehilangan kerja, cef dari Melaka ini tidak putus harapan, sebaliknya dia mengorak langkah demi meneruskan kelangsungan hidupnya.

Menurut Amieroul Shahril Shariffudin, 25, dia pada awalnya turut terkilan, namun menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangkit selepas larangan berniaga pasar malam, lelaki ini buka gerai tepi jalan teruskan legasi arwah bapa... strategi latih cef remaja menjadi!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai keliru tengok video tutorial masak stik... ‘cef’ macam pemalas, ikhlas ke tak nak kongsi ilmu? - “Niat saya nak bergurau”

"Sebelum Covid-19, saya bekerja sebagai cef hotel. Selepas kedatangan pandemik, saya kehilangan kerja. Pada awalnya, sudah tentu saya kecewa.

"Saya seronok dalam industri ini. Kawan-kawan pun ramai. Dalam sebulan juga saya duduk di rumah dan tak bekerja.



"Sejujurnya rindu dengan suasana kerja di hotel. Dapat banyak ilmu, pada masa sama dapat jumpa pelbagai jenis orang," ujarnya yang senang disapa Amieroul.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia kini bekerja sebagai cef di restoran Smoke and Grill yang terletak dalam Villa Kampong Pak Ali, Melaka.

cef2

Amieroul pernah menjuarai pertandingan memasak ketika mengikuti latihan di PLKN.

Biarpun suasananya berbeza, Amieroul bersyukur dengan rezeki itu dan menganggap ia sebagai satu proses kematangan dalam kerjayanya.

"Bila bekerja di tempat baru, mesti ada cabaran. Contohnya, saya kena belajar resipi baharu dan ikut cara masakan di tempat itu. Kena ikut standard kedai tersebut.

Saya sebenarnya ada perasaan malu, tak boleh nak berhadapan dengan orang. Jadi, saya beranikan diri untuk buat video.

AMIEROUL

"Kalau kedai makan atau restoran, kita kejar masa. Tapi di hotel, sudah ada waktu-waktu yang ditetapkan untuk hidang makanan.

"Pada saya, memasak ini tidaklah begitu sukar. Paling penting, kena masak dengan ikhlas. Apabila kita buat dengan ikhlas, InsyaAllah hidangan juga akan rasa sedap," ujarnya.

Dalam pada itu, video Amieroul sedang memasak yang dikongsi ke media sosial turut meraih sehingga ratusan ribu tontonan.

Selain terpaku dengan kemahirannya memasak, ada juga netizen lebih tertarik untuk melihat senyuman dan lesung pipit jejaka itu.

Kata Amieroul, dia bersyukur dengan penerimaan positif dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan netizen.

"Saya sebenarnya ada perasaan malu, tak boleh nak berhadapan dengan orang. Jadi, saya beranikan diri untuk buat video TikTok.

CEF

Jejaka ini mempunyai enam tahun pengalaman bekerja di hotel.

"Saya buat video secara spontan saja, tiba-tiba ramai orang suka. Ketika mula-mula viral, saya pun rasa terkejut.

"Ada juga terbaca komen mengenai senyuman dan lesung pipit saya. Mungkin itu juga yang jadi tarikan kepada video saya. Tapi, jodoh tak ada juga," ujarnya dalam nada berseloroh.

Mengenai dirinya, Amieroul mendedahkan dia sebelum ini pernah belajar dalam bidang Automotif, namun ia tidak kena dengan jiwanya.

Selepas menjuarai pertandingan memasak ketika mengikuti kursus di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), dia membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang Penyediaan Makanan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, Melaka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain