suria

Takut punya pasal, budak ini bikin riuh masa bersunat, main game Free Fire sambil baca al-Fatihah kuat-kuat - “Ya Allah bagilah aku menang”

Muhammad Akid Marwazi berkhatan pada Isnin lalu.

BAGAIKAN tradisi saban tahun, cuti penggal persekolahan akan dimanfaatkan untuk upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki.

Tidak terkecuali tentunya Muhammad Akid Marwazi, 12, yang akhirnya menjalani kewajipan itu sebelum melangkah ke tahun terakhir pengajian di sekolah rendah.

Video memaparkan kanak-kanak itu yang sedang ketakutan ketika menjalani proses berkenaan turut menjadi bualan ramai sehingga meraih 4.7 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video khatan lucu, sampai di klinik Ipan tak berhenti membebel

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya berkhatan usia 38 tahun, anak sunat usia lima bulan" -Adam Corrie

Lebih menggamatkan suasana, dia yang ketakutan masih sempat bermain permainan video Free Fire menggunakan sebuah telefon bimbit sambil mulutnya tak lekang berdoa.

Menurut bapa saudaranya, Ahmed Hafizainol Ahmed Idris, 26, dia sekadar berkongsi video itu ke media sosial dan tidak menyangka ia akan meraih perhaitan sebegitu rupa.

"Saya yang rakam video ketika dia bersunat. Sekelilingnya pula merupakan ahli keluarga termasuk bapanya sendiri. Ketika dia baring, saya tengok mukanya berubah terus jadi pucat.

"Kemudian dia menangis ketakutan, adiknya yang bagi telefon untuk dia main game, untuk hilangkan rasa takut. Saya tak jangka dia akan berdoa sambil main game ketika itu.

sunat3

Hafiz tak sangka video tersebut akan meraih perhatian ramai.

"Dia menangis ketika proses bersunat belum dimulakan lagi. Tapi proses itu ambil masa sekejap saja, tak rasa apa," ujarnya sambil menambah majlis diadakan di kediaman ibu bapanya di Kuala Kangsar, Perak.

Mesra disapa Hafiz, dia mengakui terkejut apabila video tular di laman TikTok itu dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Bukan niat nak menakutkan kanak-kanak lain, tapi ia dikongsi untuk ditatap sebagai kenangan saja.

HAFIZ

Selain terhibur dengan aksi kanak-kanak itu yang bermain permainan Free Fire ketika berkhatan, ramai kaum Adam turut berkongsi pengalaman masing-masing menerusi ruangan komen posting berkenaan.

"Rata-rata netizen terhibur tengok aksi dan perkataan yang terkeluar dari mulutnya ketika disunatkan. Malah, ada juga lelaki yang kongsi kisah mereka.

"Video tu bagaikan menggamit kenangan masing-masing ketika disunatkan dulu. Mereka kata anak suadara saya beruntung, zaman sekarang boleh main game untuk hilangkan rasa takut.

"Zaman dulu setakat pandang dinding saja ketika bersunat," ujarnya berseloroh.

sunat2

Video berkhatan murid lelaki ini meraih lebih 4.7 juta tontonan di TikTok.

Tambah Hafiz, dia tidak berniat untuk menakutkan kanak-kanak lelaki lain, namun video itu dikongsi untuk kenangan sahaja.

"Saya sendiri pun turut terhibur. Bukan niat nak menakutkan kanak-kanak lain, tapi ia dikongsi untuk ditatap sebagai kenangan saja," ujarnya.

Selain upacara berkahatan, kediaman itu turut dihadiri ahli keluarga yang lain pada Isnin lalu bagi menjayakan kenduri kesyukuran dan doa selamat.

sunat4

Antara yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Ia bagi meraikan permulaan kerjaya Hafiz sebagai guru bahasa Melayu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang, Terengganu yang bermula pada Ogos lalu.

"Saya mula bertugas di MRSM pada Ogos. Tapi ketika itu tak sempat nak balik. Jadi, kali ini baru berkesempatan. Selain kenduri kesyukuran, kami juga buat tahlil arwah bapa saya.

"Sebelum hari tersebut, saya sebenarnya teringat bahawa anak kakak saya belum bersunat. Jadi saya bercakap dengan ibu bapanya untuk buat majlis bersunat juga. Akhirnya semua berlangsung pada hari yang sama" ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain