suria

Tengah tengok video lawak, tiba-tiba menangis teresak-esak! Video angsa dihalau sedarkan si ibu anaknya ‘hati tisu’

Thalia tiba-tiba menangis teresak-esak ketika menonton sebuah video.

ADEGAN ibu-ibu atau gadis-gadis menangis di saat sedang khusyuk menghayati drama Hindustan ataupun Korea adalah senario yang biasa dilihat.

Namun, video memperlihatkan seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun mengesat air mata dan menangis teresak-esak ketika menonton sebuah video di YouTube, benar-benar menyentuh perasaan warga maya.

"Aduhai hati ada taman ni, alahai anak," komen seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN : Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang - “Wife kedua BFF saya”

ARTIKEL BERKAITAN : Ingatkan tahi keras, rupa-rupanya budak pra sekolah tanggung sakit sengkenit 'berumah' dalam telinga... jururawat geram, siap penyet

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak berkenaan, Sofia Aida Ibrahim, 30, berkata, anak bongsunya itu sebenarnya sedang menonton video lawak yang menceritakan mengenai seekor angsa yang kononnya dihalau keluar dari rumah pemiliknya.

"Masa tu kami sekeluarga baru je lepas makan malam, lepas tu sambil santai-santai kami tengok telefon, anak akak tengah tonton YouTube dengan kakak dia yang umur lapan tahun, kalau tak silap, dah lima enam kali juga video yang sama diulang.

"Tengah syok tonton video tu tiba-tiba Thalia (Qeizar Thalia Fazli) menangis teresak-esak, akak pun tanya si kakak, dia beritahu adiknya sedih tengok angsa kena halau.

"Saya pun ambil telefon untuk rakam lepas tu masukkan di TikTok, tapi tak sangka ramai pula yang tonton dan tinggalkan komen," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.



Video yang ditonton Thalia.

Menetap di Kuala Terengganu, Sofia mengakui dia sedikit terkejut melihat reaksi anaknya ketika menonton video tersebut.

"Sebelum ni tak pernah lagi dia tengok YouTube sampai menangis teresak-esak macam tu.

"Dia akan ketawa kalau tengok cerita lawak, kalau cerita extreme pun dia suka tengok.

"Tapi akak perasan kalau berkaitan haiwan dia lebih fokus," katanya yang juga pengasas kepada produk kecantikan Olivia DCC Foundation.



Sofia bersama keluarga kecilnya.

Menurut Sofia, walaupun tidak mempunyai haiwan peliharaan sendiri, anaknya itu sering bermain dengan kucing milik jiran mereka.

"Nak kata dia penyayang pada haiwan tu tak pasti, tapi saya perasan dia dengan kakak dia memang suka tengok haiwan dan suka main dengan kucing jiran.

"Mereka selalu bagi kucing jiran sebelah makanan bila ia datang rumah.

"Saya tak bela kucing sebab mereka berdua alah bulu kucing," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain