SETIAP insan dilahirkan berbeza-beza, namun kita semua sempurna di sisi sang pencipta. Bagi Nurafirda Ramli, 30, yang dilahirkan dengan keadaan sumbing pada bibir, dia menerima ketentuan hidupnya dengan hati terbuka. Sebelum menemui kematangan dalam diri, dia yang mesra disapa Fida pernah mengalami detik gelap apabila keadaan tersebut membuatkan dia segan untuk berhadapan dengan orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Berani kerana bisnes... wanita satu mata kumpul semangat tonjol diri di media sosial! Dulu sering diejek budak lelaki tapi jodoh kan rahsia Yang Esa ARTIKEL BERKAITAN: Bapa minta tolong berniaga, gadis ini menangis malu diejek ‘Meah Burger’ oleh kawan sekolah - “Study di gerai masa PMR dan SPM, result bagus” "Keadaan bibir saya sebenarnya sudah dijahit pada waktu kecil. Namun ketika membesar, ia waktu paling mencabar. Sejak kecil saya memang dah terbiasa kena ejek. Selain budak-budak, orang tua pun ada yang mengejek. "Kadang-kadang budak lelaki di sekolah hina saya. Dia kata dari belakang cantik, pusing depan nampak sumbing. Dulu saya susah nak terima kata-kata orang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Nak bercakap dengan orang pun saya tak nak pandang muka mereka. Tapi bila dah besar, kes ejek tu dah makin kurang," ujarnya kepada mStar. Menurut wanita dari Kuala Lumpur itu, dia juga pernah dihina seorang pengguna Facebook apabila berkongsi foto hasil solekannya ke laman sosial berkenaan. Fida mahu berkongsi semangat dan inspirasi buat individu senasib dengannya. Imbas Fida, dia bagaimanapun terkejut apabila individu berkenaan teruk dihentam atas kata-katanya, sekali gus membuatkan dia sedar bahawa ramai yang menyokongnya. "Dulu saya kongsi gambar dalam grup mekap. Ada orang ejek, dia kata saya cucuk bibir banyak sangat sampai jadi senget. Saya tak balas pun kata-kata dia. Kalau sempurna, itu bukan manusia, tapi malaikat. Jadi, jangan malu dengan diri kita. FIDA "Tapi saya terkejut, ramai orang lain hentam dia. Mereka back up saya. Di situ saya sedar, ramai sebenarnya yang memberikan sokongan terhadap diri saya. "Sejak itu, ia memberi saya kekuatan dan keyakinan untuk meneruskan kehidupan. Saya sedar, ramai saja yang sayang saya," ujarnya lagi. Menurut Fida, dia sebelum ini pernah gagal dalam percintaan gara-gara keadaan bibirnya yang dikhuatiri akan diwarisi zuriatnya pada masa akan datang. Namun begitu, Fida akhirnya menemui jodoh dengan jejaka Sabah, Mohd Iskandar Burhan @ Ranggau, 33, pada 2016 dan kini sudah dikurniakan dua cahaya mata. Fida bersama keluarga tercinta. "Biasalah orang tua, mungkin dia risau keadaan ini akan diwarisi kepada anak saya. Bila tak dapat restu, saya pun tak jadi berkahwin dengan lelaki itu. "Tapi Alhamdulillah, saya jumpa jodoh dengan suami saya. Dia dan keluarganya terima saya seadanya. Mereka tak pernah tanya pun mengenai bibir saya. "Dan Alhamdulillah juga, kedua-dua anak saya sihat dan tidak mengalami sumbing," ujarnya lagi. Pesan Fida kepada individu senasib dengannya, usahlah malu dengan kekurangan diri, sebaliknya cuba maju hadapan demi mengejar impian masing-masing. Fida merupakan ibu kepada dua cahaya mata. "Untuk mereka di luar sana yang rasa ada kekurangan, anda kena ingat bahawa semua manusia ada kelebihan dan kekurangan. "Kalau sempurna, itu bukan manusia, tapi malaikat. Jadi, jangan malu dengan diri kita. Kena keluar dari kepompong untuk ubah diri," ujarnya lagi. Mengenai dirinya, Fida merupakan seorang usahawan dan pengasas bersama satu jenama shampoo. Menurut Fida, produk rambut tersebut sehingga kini mempunyai kira-kira 3,000 ejen di seluruh Malaysia, termasuk Brunei dan Singapura. Malah, Fida turut aktif berkongsi video di TikTok demi memberi semangat dan kesedaran, khususnya buat individu yang mengalami masalah sumbing sepertinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI