Alamat terakhir wanita dikenali sebagai Siti Hawa Mamat adalah di Kampung Penarik, Bandar Permaisuri, Terengganu.
POLIS memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita dikenali sebagai Siti Hawa Mamat bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan berkenaan membabitkan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Menurutnya, kes berkenaan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Kuala Terengganu."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Hawa atau mengetahui lokasi keberadaannya diminta tampil membantu pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurut polis, alamat terakhir wanita berkenaan adalah di Kampung Penarik, Bandar Permaisuri, Terengganu.Polis turut meminta individu yang mengenali wanita itu supaya menasihatinya untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Asisten Superintenden Joehany Fitry Mohamed menerusi talian 013-587 4898.Maklumat juga boleh disalurkan kepada Inspektor Muhammad Syafiq Abu Bakar di talian 017-676 7926.Azli berkata, kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat dihargai bagi membantu melancarkan siasatan kes berkenaan.