suria

Ramai keliru tengok video tutorial masak stik... ‘cef’ macam pemalas, ikhlas ke tak nak kongsi ilmu? - “Niat saya nak bergurau”

Video tutorial ini meraih hampir setengah juta tontonan di aplikasi TikTok/

VIDEO tutorial masakan biasanya akan diiringi dengan suara latar si tukang masak yang memberi penerangan mengenai rencah dan rasa dalam penghasilan sesuatu juadah.

Namun, lain pula ceritanya bagi seorang pelajar bidang Kulinari ini yang tiba-tiba tular di aplikasi video TikTok.

Video tutorial hidangan stik oleh Naqib Mohd Najib, 19, meraih perhatian ramai sehingga menerima hampir setengah juta tontonan dalam tempoh singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil rajin ke dapur, aksi masak campak-campak sambil tersenyum bikin hati cair... Wow! Jejaka awet muda terima banyak mesej cari jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Peristiwa RM2 ketika hari lahir buka mata abang polis... apa ceritanya sampai dah 10 tahun sanggup masak sendiri demi bantu gelandangan

Netizen terhibur menyaksikan video tersebut apabila mereka gagal memahami sebarang arahan dan penerangan masakan remaja itu yang disifatkan seperti 'orang malas'.

"Tak apa, tidur je lah. Tak payah masak.

"Rakam waktu tengah mamai ke?

"Tak apa lah tak nak cakap, bagilah subtitles.

"Nak tidur ke nak masak?" tulis beberapa netizen berseloroh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mesra disapa Naqib, anak bongsu daripada tujuh beradik itu ada alasan tersendiri kenapa dia menghasilkan video sebegitu.

"Antara saya dan kawan-kawan yang lain, memang saya seorang yang jenis bercakap slow. Sampai kadang-kadang mereka tak dengar.

Naqib terhibur dengan segala komen netizen.

"Jadi ketika buat video itu, saya nak sindir mereka saja. Sebab mereka tahu saya jenis begitu. Nak bergurau. Tapi tak sangka pula boleh jadi viral.

"Tapi komen-komen semua kelakar. Saya terhibur baca semuanya," ujarnya yang menetap di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Dedah Naqib, dia bersyukur apabila tiada komen kecaman ditinggalkan menerusi posting itu.

Saya bercita-cita untuk jadi cef atau buka restoran sendiri.

NAQIB

Malah jika berkelapangan, dia merancang untuk menghasilkan lebih banyak video tutorial masakan pada masa akan datang.

"Saya tak tahu lagi. Mungkin saya akan teruskan buat video dengan iringan suara yang orang tak faham tu.

"Atau mungkin saya akan buat tutorial yang proper, sekurang-kurangnya boleh berkongsi resipi dan orang faham apa yang saya ajar," ujarnya.

Naqib turut mencari pendapatan sampingan dengan menjual tomyam carbonara.

Bercerita mengenai dirinya, Naqib mengakui suka memasak sejak kecil lagi, sekali gus mendorong minatnya untuk menceburi bidang itu di sebuah kolej di Shah Alam.

"Saya suka memasak sejak darjah empat. Masakan pertama merupakan telur goreng. Saya bercita-cita untuk jadi cef atau buka restoran sendiri.

"Bidang ini memang ada cabaran tersendiri. Kadang-kadang risau bila kita masak, kita risau rasanya tak sedap. Perasaan itu memang wujud.

"Ada benda-benda yang saya dah tahu, tapi bila exam tetap rasa nervous," ujarnya yang meminat cef terkenal Gordon Ramsay.

Antara menu lain yang dihasilkannya.

Dalam pada itu, Naqib turut mencari wang sampingan dengan berniaga tomyam carbonara di sekitar kawasannya.

Kata Naqib, resipi itu dicipta sendiri, hasil ilham daripada seorang rakannya.

"Saya jual tomyam carbonara. Ia merupakan pasta dengan ayam goreng. Ia merupakan kombinasi tomyam dengan sesuatu yang berkrim.

"Saya buat paste tomyam, kemudian masukkan dengan susu sejat. Alhamdulillah, percubaan pertama dulu terus menjadi.

"Cuma sekarang tak berapa aktif berniaga disebabkan pandemik Covid-19," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain