EMPAT tahun membina kerjaya dalam industri lakonan tanpa bantuan kenalan atau orang dalam (kabel), pelakon Rasya Sofea Dean mengakui perjalanan untuk mencipta nama bukan sesuatu yang mudah.Rasya atau nama sebenarnya Rasya Sofea Mohamad Nasurdin, 30, berkata dia bergantung sepenuhnya kepada bakat dan juga peluang yang diberikan bagi mengembangkan kerjaya dalam bidang seni. "Memang susah. Sampai sekarang pun saya rasa masih ramai yang belum mengenali saya.Rasya tak pernah putus asa membina nama dalam lakonan."Kalau ada yang mula mengenali saya, mungkin selepas menonton drama lakonan saya sebelum ini iaitu Andai Masih Ada Maaf menerusi watak Mira. Daripada situ, barulah ada penonton yang mula mengetahui sedikit sebanyak tentang saya."Sebenarnya, bukan mudah untuk membina nama apabila kita bermula tanpa apa-apa kelebihan. Saya hanya mampu mempertaruhkan sedikit bakat yang ada," katanya kepada mStar.Sebelum menceburi bidang lakonan, Rasya yang merupakan graduan undang-undang dan perdagangan memberitahu pernah bekerja dalam bidang berkenaan selama tiga tahun secara kontrak sebelum menerima tawaran daripada produksi.ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling julang nama Malaysia, diiktiraf Bakat Skrin Terbaik Asia TenggaraARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat undangan FFM35, Sharifah Haneesya sedar diri hanya watak hantu tambahanCerita Rasya, peluang pertama dalam bidang lakonan hadir ketika dia masih bekerja selepas pihak produksi mencari pelakon daripada kalangan peserta Dewi Remaja untuk sebuah drama terbitan AlHijrah."Selepas setahun bekerja, saya mula dipanggil untuk berlakon. Selepas tamat belajar, saya terus bekerja sebelum pihak produksi memanggil saya untuk berlakon kerana ketika itu mereka memerlukan pelakon Dewi Remaja."Saya masih ingat drama pertama saya berjudul Janji Pada Hati yang menggandingkan saya bersama Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos," ujarnya. Saya akan menyambung pengajian di peringkat sarjana atau menceburi bidang politik.RASYA DEANPELAKONMengulas keputusan memilih bidang lakonan berbanding meneruskan kerjaya dalam bidang undang-undang, Rasya mengakui pekerjaan sebagai peguam mungkin menawarkan masa depan lebih terjamin.Bagaimanapun, minat mendalam terhadap dunia seni sejak kecil mendorongnya untuk mengambil peluang mengejar impian sebagai anak seni."Betul, mungkin kerjaya sebagai peguam lebih menjamin masa depan untuk jangka panjang berbanding menjadi pelakon kerana kita tidak tahu berapa lama boleh bertahan dalam industri ini."Namun, lakonan adalah minat dan saya mahu mengejarnya dahulu. Sebab itu saya tetap menghabiskan pengajian kerana pendidikan penting untuk masa depan. Saya memang meminati bidang lakonan sejak kecil," kongsinya.Rasya minat bidang lakonan sejak kecilDalam pada itu, Rasya turut menyimpan hasrat menceburi bidang politik pada masa depan sekiranya tiada lagi rezeki dalam industri seni.Malah, dia merupakan satu-satunya ahli keluarga yang memilih bidang seni, sekali gus menyedari kepentingan mempunyai perancangan kerjaya untuk jangka panjang."Dalam keluarga besar saya, tiada seorang pun yang terlibat dalam industri seni. Saya seorang sahaja yang mempunyai minat dalam bidang ini.“Tapi Insya-Allah mungkin apabila berusia 40 tahun nanti, saya akan menyambung pengajian di peringkat sarjana atau menceburi bidang politik."Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan," jelasnya.TONTON VIDEO PILIHAN!