suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati wanita terluka di hari pertunangan... Baju sedondon dengan pihak lelaki, barang hantaran pula ditukar - “Macam tak sudi jadikan aku menantu je“

Keluarga sepatutnya tidak mengenakan busana senada dengan warna tema majlis. -Gambar hiasan AI

MAJLIS pertunangan sepatutnya menjadi kenangan manis buat setiap wanita yang menandakan mereka bakal membuka lembaran baharu dalam kehidupan.

Namun lain pula dialami wanita ini apabila suasana meriah yang diimpikan seolah-olah disabotaj oleh keluarga bakal mentua.

Ceritanya, rombongan lelaki hadir mengenakan warna pakaian sama dengan busana digayakan yang seolah-olah cuba mencuri perhatian daripadanya.

"Aku pakai baju merah jambu dan keluarga pakai navy blue untuk majlis tunang. Tiba-tiba sebelah lelaki semua pakai warna merah jambu sampai aku nampak tenggelam," luahnya di Threads.

Perbincangan tentang kenduri dan tarikh perkahwinan sering dibincang semasa majlis pertunangan berlangsung. -Gambar hiasan

Perbincangan tentang kenduri dan tarikh perkahwinan sering dibincang semasa majlis pertunangan berlangsung. -Gambar hiasan

Menurutnya, apa membuatkan dia lebih berkecil hati apabila barang hantaran yang dibawa pihak lelaki berbeza daripada apa yang telah dibeli sebelum majlis.

"Lagi terkejut barang hantaran ditukar, bagi barang lain daripada apa yang dibincangkan dan dibeli," adunya.

Mengakui kecewa dan tidak gembira pada majlis berkenaan, wanita itu memberitahu dia mula tertanya-tanya sama ada keluarga tunangnya sudi menerimanya sebagai menantu atau sebaliknya.

  • Wanita itu memilih busana merah jambu untuk majlis pertunangannya, manakala keluarganya berpakaian biru gelap.
  • Dia rasa ‘tenggelam’ apabila rombongan pihak lelaki tiba dengan semua ahlinya turut berpakaian merah jambu.
  • Dia semakin terkilan apabila barang hantaran yang dibawa berbeza daripada apa yang sudah dibincangkan dan dibeli.
  • Insiden itu membuatkannya tertanya-tanya sama ada dia diterima sebagai bakal menantu dan bimbang tunangnya terlalu dipengaruhi keluarga.
  • Rata-rata netizen menyarankan dia berbincang dengan tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pertunangan.

Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa bimbang jika tunangnya tidak mampu membuat keputusan sendiri kerana dikawal keluarga.

"Macam ada tanda-tanda tak sudi jadikan aku menantu je, belum apa-apa dah kawal semua benda dari tema pakaian sampailah barang hantaran.

"Tapi sebelum ini tak macam ini pun masa berjumpa, perlu ke aku ambil tindakan untuk putuskan pertunangan ini sebab dah nampak 'bendera merah'," luahnya bimbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batalkan majlis tunang 20 minit sebelum ‘sarung’ cincin, rasa tercabar bakal mentua tiba-tiba buat provokasi

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu sampai petang tak muncul! Wanita tanggung malu majlis tunang batal, kekasih bagi alasan tayar pancit

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bersemuka dan berbincang dengan tunang mengenai situasi yang berlaku.

"Siasat betul-betul latar belakang keluarga dia macam mana sebab kalau berkahwin ini, kena kahwin dengan keluarga dia juga.

"Kesiannya awak, saya pun akan sedih apabila semua dibincangkan berubah sampai barang hantaran pun tukar.

"Kalau keluarga kaki kawal, lebih baik awak ambil keputusan untuk putuskan sebab nak hidup dengan suami ini sampai akhir hayat," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain