suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita batalkan majlis tunang 20 minit sebelum ‘sarung’ cincin, rasa tercabar bakal mentua tiba-tiba buat provokasi

Membatalkan pertunangan dianggap lebih baik berbanding berkahwin dan kemudian bercerai. -Gambar hiasan AI

MEMBATALKAN majlis pertunangan yang sudah dirancang selama berbulan-bulan bukan keputusan mudah namun ia jalan terbaik apabila timbul isu besar yang menyentuh prinsip serta masa depan.

Seorang wanita berkongsi pengalaman membatalkan majlis pertunangannya hanya kira-kira 20 minit sebelum cincin disarungkan selepas bakal ibu mentuanya meletakkan syarat yang tidak pernah dibincangkan sebelum itu.

Menurut wanita berkenaan, bakal ibu mentuanya secara tiba-tiba memaklumkan dia perlu tinggal bersama keluarga mereka selepas berkahwin dan bukannya di rumah sendiri.

"Saya tarik tangan ex dan tanya kenapa perkara ini baru diberitahu sekarang dan kenapa langsung tak pernah bincang dengan saya. Saya beritahu tak setuju dengan syarat itu.

Perselisihan faham angkara orang ketiga perkara biasa dalam perhubungan. -Gambar hiasan AI

Perselisihan faham angkara orang ketiga perkara biasa dalam perhubungan. -Gambar hiasan AI

"Tapi mak dia kata kalau tak nak, boleh batalkan sahaja pertunangan. Mak dia pula terus provoke saya," katanya.

Wanita itu turut memaklumkan dia sebenarnya memiliki rumah sendiri, namun perkara itu tidak diketahui oleh keluarga bakal mentuanya.

Tidak lama kemudian, dia menghubungi semua pihak termasuk katering dan saudara-maranya untuk membatalkan majlis.

"Mak ayah saya dengar tapi diam sebab mereka faham saya. Barangan milik keluarga ex semua dipulangkan, termasuk barang hantaran dimasukkan semula ke dalam kereta.

"Bapa ex terus terkejut dia tanya punca dan saya terus beritahu apa yang berlaku. Masa itu mak dia terus gelabah sebab rupa-rupanya bekas tunang saya sendiri tak tahu mengenai syarat tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum tunang dah buat perangai! Wanita terpaksa beli cincin sendiri, ‘claim’ ikut harga emas semasa - “Please, jadi perempuan mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: Masin mulut kakak! Doa moga adik lelaki putus tunang jadi realiti... Bakal isteri ada ‘dark side’ - “Aku pernah kena ludah dengan dia

Wanita itu berkata, selepas melihat persiapan majlis dibongkar, bekas tunangnya membawa ibunya ke belakang rumah dan memarahinya kerana membangkitkan perkara itu pada saat akhir.

Dia kemudian memulangkan semula cincin pertunangan kepada bakal ibu mentuanya sebelum meminta mereka sekeluarga menikmati jamuan yang telah disediakan buat kali terakhir.

"Saya salam ayah dia dan cakap nampaknya kami tak ada jodoh. Saya doakan anak pakcik jumpa seseorang yang boleh bertolak ansur dengan syarat yang ditetapkan.

"Ayah dia hanya senyum sinis sebelum menghempas pintu ketika keluar dari rumah," katanya.

Menurut wanita itu lagi, bekas tunangnya yang selama ini dikenali sebagai seorang yang lemah lembut turut berubah sikap selepas kejadian berkenaan dan menghubunginya berkali-kali menerusi WhatsApp.

  • Wanita batal pertunangan 20 minit sebelum majlis selepas bakal mentua menetapkan syarat tinggal bersama keluarga mereka.
  • Syarat itu tidak pernah dibincangkan sebelum ini, malah bekas tunangnya sendiri tidak mengetahuinya.
  • Dia mengambil keputusan membatalkan majlis dan memulangkan semua barang hantaran.
  • Bekas tunangnya cuba menghubunginya selepas kejadian, namun dia memilih menamatkan hubungan.
  • Rata-rata netizen menyokong tindakannya kerana menganggap putus tunang lebih baik daripada bercerai kemudian hari

"Sebelum saya blok nombor dia, saya cakap jangan hubungi saya lagi. Saya juga halalkan semua hutang yang dia pernah pinjam daripada saya.

"Kos majlis memang dia yang tanggung sepenuhnya, tetapi hutang peribadi dia dengan saya hanya sekitar lima peratus daripada keseluruhan kos majlis," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan sebahagian besar bersetuju dengan tindakannya memutuskan pertunangan.

"Putus tunang tidak seteruk bercerai. Aku doa kau jumpa laki, mentua dan ipar duai yang baik. Alhamdulillah untuk semua," antara komen warga maya. 

Artikel Lain