suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami mengadu isteri malas solat Subuh, dah cuba macam-macam cara tapi gagal... Takut jatuh dayus

Suami bertanggungjawab mendidik isteri ke arah kebaikan. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan tugas suami dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada mencari rezeki dan memenuhi keperluan keluarga.

Hakikatnya, suami turut memikul tanggungjawab untuk mendidik dan membimbing isteri ke arah lebih baik dari sudut agama, akhlak serta amalan harian.

Menurut seorang lelaki, dia kini buntu kerana gagal mengubah sikap isterinya yang kerap melewat-lewatkan waktu solat.

Muslims perform tarawih prayers to welcome the holy fasting month of Ramadan at the National Mosque in Kuala Lumpur, March 1, 2025. — GLENN GUAN/The Star

Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam. -Gambar hiasan AI

"Macam mana nak kejut isteri saya bangun untuk solat Subuh? Saya jadi risau sekiranya saya jatuh dayus. Saya dah kejut dia berulang kali.

"Saya dah guna perkataan yang lembut dan baik, tapi dia tetap akan bangun lepas syuruk (waktu tamatnya waktu subuh apabila matahari mula terbit) dan solat masa tu. 

"Saya tak tahu cara apa lagi saya boleh buat," luah lelaki itu menerusi perkongsian di platform X.

  • Suami luah cerita tentang isterinya yang susah bangun pagi.
  • Dia mendakwa isterinya sering solat Subuh selepas waktu syuruk.
  • Lelaki itu bimbang jadi dayus kerana gagal membimbing isterinya.
  • Netizen beri cadangan supaya dia ugut untuk berpoligami.

Di ruangan komen, ada netizen berjenaka dan memberi cadangan supaya lelaki itu membuat ugutan untuk 'menambah cawangan' jika isterinya tidak berubah.

"Kau buat-buat berdoa minta nak isteri kedua. Mesti dia bangun sekelip mata, siap berdiri sambil terbeliak.

"Cakap je kau nak kahwin seorang lagi kalau dia tak bangun Subuh," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rimas dapat ‘roommate’ alim, hari-hari kena paksa solat - “Kubur masing-masing, jagalah diri sendiri!”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru lepas solat Isyak terus mengumpat, jemaah masjid pertikai orang sedekah nasi lemak - “Orang tak makan malam-malam”

Pada masa sama, netizen turut mengingatkan lelaki itu agar tidak putus asa mendidik serta mendoakan isterinya ke arah kebaikan.

"Dulu arwah mak kejutkan kami Subuh dengan menggunakan tuala basah, dia lap dekat muka kami. Cubalah, kot menjadi.

"Tunjuk je yang kau sentiasa bangun awal Subuh, solat sunat dan tak putus asa berdoa agar Allah gerakkan hati dia untuk bangun solat sekali," pesan netizen.

Artikel Lain