suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering dihina ‘sampah jalanan’... Individu imbau detik cemas minyak kereta dah ‘E’, geng RXZ Members siap tolong buka laluan - “Mereka hambat rakan ke tepi”

Perkongsian seorang individu mengundang perhatian ramai apabila beliau memuji sikap yang ditunjukkan oleh peserta Himpunan RXZ Members. -Gambar hiasan AI

DI sebalik pelbagai kritikan sering menghiasi media sosial setiap kali berlangsungnya konvoi motosikal Yamaha RXZ, seorang individu memilih untuk berkongsi pengalaman yang meninggalkan tanggapan sebaliknya.

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan berkongsi pengalamannya ketika berdepan detik cemas sewaktu singgah mengisi minyak di sebuah stesen petrol di Paka, Terengganu, beberapa tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu stesen minyak berkenaan dipenuhi ratusan penunggang motosikal Yamaha RXZ dipercayai dalam perjalanan menyertai Himpunan RXZ Members di Terengganu.

"Tiga atau empat tahun lepas dekat Shell Paka. Sebab terdesak nak isi juga, minyak kereta dah berkelip. Saya just que masuk je tapi kena block," katanya.

Himpunan RXZ Members menjadi platform yang menyatukan komuniti peminat motosikal model itu dari pelbagai negeri. -Gambar hiasan AI

Menurut individu itu, dia kemudian keluar dari kenderaan dan meminta laluan secara baik daripada salah seorang penunggang motosikal yang berada berhampiran.

"Apa mereka buat, mereka terus perlahan-lahan buka laluan beramai-ramai. Sempit tapi mereka control dan hambat rakan-rakan ke tepi," katanya.

Malah, dia turut tersentuh apabila beberapa peserta konvoi menawarkan bantuan sekiranya enjin keretanya mati sebelum sempat sampai ke pam minyak.

"Hati mereka baik, empati mereka tinggi. Hanya perlu masuk saja dan minta laluan cara lembut," ujarnya.

Tambahnya, selepas selesai mengisi minyak, kumpulan penunggang motosikal itu sekali lagi membuka ruang untuk membolehkannya keluar dari kawasan stesen minyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tawarkan ‘hotel’ percuma untuk peserta RXZ Members... Lokasi strategik, kemudahan hampir lengkap

ARTIKEL BERKAITAN: Bising cuma sekejap... Himpunan RX-Z jana RM40 juta buat Terengganu? Pemuda lakukan pengiraan sendiri, tak sabar nak ‘repeat’

Menurutnya, meskipun sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak, mereka tidak keberatan mengutamakan kenderaannya yang berada dalam keadaan lebih mendesak.

"Mereka atas motor, bukan park. Bila terlalu ramai, mereka ada banyak ragam, jadi cakap elok-elok minta laluan, kita isi minyak tak sampai lima minit pun," ceritanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi bercampur.

Ada menyifatkan pengalaman itu sebagai bukti sikap segelintir individu tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap keseluruhan komuniti penunggang motosikal, terutama peserta Himpunan RXZ Members.

"RXZ Members ni bukan rempit je join, kadang ada golongan profesional sebab minat dan hobi. Event setahun sekali je.

  • Seorang individu berkongsi pengalaman ketika berdepan ratusan peserta konvoi Yamaha RXZ di sebuah stesen minyak di Paka.
  • Dia terpaksa meminta laluan kerana minyak keretanya hampir habis ketika stesen minyak dipenuhi peserta RXZ Members.
  • Mereka bertindak membuka laluan dan menawarkan bantuan jika kereta individu itu mengalami masalah.
  • Individu itu memuji sikap bertimbang rasa peserta konvoi yang memahami keadaan pengguna jalan raya lain.
  • Ada netizen memuji sikap komuniti RXZ, manakala sebahagian lain kekal memberi pandangan berbeza.

"Kelembutan perlu dalam situasi begitu. Orang akan senang, hasilnya pun menyenangkan," komen beberapa netizen.

Namun, ada mempunyai tanggapan sebaliknya dengan menyifatkan aktiviti konvoi motosikal sedemikian hanya menyusahkan orang awam serta mengundang risiko berlakunya kecelakaan jalan raya.

Untuk rekod, RXZ Members merupakan himpunan tahunan terbesar peminat motosikal Yamaha RX-Z di Malaysia yang berlangsung di Gong Badak, Terengganu.

Berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos, acara itu menghimpunkan puluhan ribu pemilik dan peminat Yamaha RXZ dari seluruh negara malah ada juga hadir dari Singapura, Brunei dan Thailand.

Artikel Lain