SETIAP pasangan mempunyai pandangan berbeza tentang standard yang diinginkan dalam hubungan percintaan.Bagi sesetengah individu, perkara kecil sudah cukup bermakna, manakala ada juga melihat nilai wang ringgit sebagai tanda kesungguhan seseorang. Bagi wanita ini pula, dia menganggap tindakan lelaki yang membawa pasangan mereka ke restoran mamak adalah sangat tidak wajar.Restoran biasa juga mampu menyajikan makanan yang enak dan menyelerakan. -Gambar hiasan AIMenurutnya lagi, ia bukan sahaja menunjukkan lelaki itu tiada kesungguhan, malah seolah-olah merendah-rendahkan martabat wanita."Saya rasa nak muntah sebab orang Malaysia mengagungkan budaya ‘date’ di kedai mamak. Sejujurnya, ia menunjukkan lelaki itu tak berkemampuan. "Ia seolah-olah membiasakan layanan ala kadar terhadap wanita. Wanita pula biarkan mereka dilayan begitu kerana terlalu harapkan pengiktirafan lelaki.Seorang wanita tular selepas kongsi pandangan tentang kedai mamak.Dia tidak setuju lelaki bawa teman wanita untuk 'dating' di kedai mamak.Dia berkata tindakan itu menunjukkan lelaki tiada 'effort' terhadap pasangan.Ramai netizen tak setuju dengan kenyataan dilontarkan wanita itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kononnya wanita tu jenis baik, tak meminta lebih-lebih. Pemikiran jenis ini sudah lama dibiasakan. Ibaratnya wanita yang tak meminta-minta lebih ni baik."Tetapkan standard tak bermaksud kamu sukar didekati. Ia menunjukkan kamu tahu nilai diri dan perkara yang kamu layak terima," tulisnya di Threads.Bagaimanapun, ramai netizen menyuarakan rasa tidak setuju terhadap pandangan wanita itu.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tengking anak di restoran mamak, berang si kecil minta nak rasa nasi goreng - “Apa salahnya suap sikit...”ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah muak dengan lelaki Melayu” - Instafamous mengaku tak suka ‘first date’ di kedai mamak, Mat Salih lebih faham perempuanMalah kata netizen, ramai individu ternama serta kaya raya juga tidak kisah untuk menjamu selera di restoran mamak atau warung-warung biasa."Kita pergi mamak sebab suka roti canai, teh tarik dan semua makanannya. Ia tiada kaitan dengan usaha seorang lelaki dalam percintaan."Teman lelaki saya pernah bawa saya makan kedai mamak. Dia juga bawa saya ke tempat fine dining. Kami sekarang dah bahagia jadi suami isteri."Tak semua orang dilahirkan kaya. Tiada apa nak dimalukan, mereka hanya makan mengikut kemampuan mereka," tulis netizen.