Sikap dan layanan ibu bapa terhadap anak-anak mencerminkan cara didikan yang diterapkan dalam institusi kekeluargaan. -Gambar hiasan AI
CARA layanan ibu bapa terhadap anak kecil lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam pasti akan mengundang perhatian orang sekeliling.Tanpa disedari, penggunaan kata kasar dan cara mereka melayan anak boleh meninggalkan rasa kurang senang kepada mereka yang menyaksikannya. Demikian situasi dikongsikan seorang lelaki ini selepas menyaksikan seorang kanak-kanak dimarahi bapanya hanya kerana meminta sedikit nasi goreng ketika mereka sedang menikmati hidangan di sebuah restoran mamak.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tunjal kepala, jerkah anak kecil hingga menangis hanya kerana gula-gula... Makin nyaring menengking bila jadi perhatianARTIKEL BERKAITAN: Penat sampai terlepas marah pada anak... Wanita luah derita jadi ‘bibik’ sejak mentua menumpang di rumah"Tadi makan dekat mamak lepas ambil anak sekolah. Ada satu family ini, anak dia makan roti canai... bapa dia makan nasi goreng USA. Anak dia minta dekat bapa nak sikit nasi goreng tu."Terus melenting bapa dia. Tadi kau tak nak order bila aku tanya, makan je roti tu, aku lapar ni, adoiii!"Bapa dia cakap dengan suara yang tinggi dan kasar. Aku duduk selang satu meja pun boleh dengar," kongsinya dalam satu hantaran di Threads.Melihatkan situasi berkenaan, individu itu berkata dia serta-merta berasa geram apatah lagi dirinya juga merupakan seorang bapa. Anak akan malu jika dimarahi di khalayak ramai. -Gambar hiasan AI"Kesian tengok anak dia, rasa macam nak orderkan je, tapi takut aku pula yang kena marah nanti."Aku pun ada anak, aku tahu sebab kadang-kadang anak aku yang darjah tiga macam ini juga... dia tak tahu nak order apa, bukan reti sangat menu, order je apa yang dia tahu."Tapi bila tengok makanan parents dia nampak lagi sedap mestilah nak rasa juga," kongsinya.Tambahnya, dalam situasi tersebut, ibu bapa seharusnya tidak terlalu berkira dengan anak sendiri kerana layanan diberikan hari ini mampu mempengaruhi hubungan mereka pada masa depan.Seorang lelaki berkongsi rasa sedih selepas melihat seorang bapa memarahi anaknya di sebuah restoran mamak.Kanak-kanak itu dimarahi kerana meminta sedikit nasi goreng yang sedang dimakan bapanya.Lelaki itu tersentuh kerana sebagai seorang bapa, dia memahami sikap anak kecil yang gemar merasa makanan ibu bapa.Dia berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya terlalu berkira dengan anak kerana layanan hari ini akan memberi kesan kepada hubungan pada masa depan.Ada netizen yang mengkritik tindakan si bapa, manakala ada juga yang menganggap ia sebahagian daripada cara mendidik anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Apa salahnya suap sikit... suap anak ni adalah nikmat yang Allah bagi. Tak perlulah kedekut sangat. "Esok lusa kau dah tua janga pelik dan hairan kenapa anak kau berkira-kira dengan kau," kongsinya lagi.Di ruangan komen, perkongsian berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.Ada berpendapat tidak salah sekiranya pengunjung lain menegur sikap si bapa kerana menjatuhkan air muka anak di tempat awam.Dalam pada itu, ada pula berpandangan sebaliknya dan berpendapat berkemungkinan tindakan sedemikian adalah cara didikan tegas diterapkan pada anak-anak agar menghormati makanan orang lain.