suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat gembirakan mak ayah dari kampung, bawa makan di restoran layan diri disalah erti... Satu perkataan bapa gores hati anak

Setiap anak mempunyai cara tersendiri untuk mengembirakan hati ibu bapa. -Gambar hiasan AI

NIAT seorang anak perempuan menggembirakan ibu bapanya dengan membawa mereka menikmati hidangan di sebuah restoran bertukar pengalaman pahit buatnya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia teruja untuk meraikan ibu bapanya yang datang dari kampung makan di sebuah restoran layan diri.

Namun, suasana bertukar hambar apabila bapanya didakwa mengeluarkan kata-kata yang menyinggung hati ketika menerangkan cara menikmati hidangan tersebut.

"Aku bawa mak dan abah makan dekat sebuah restoran ni. Aku excited nak belanja mereka makan. Aku pun hidang la mak dan abah aku, sebab (konsep restoran) kena layan diri.

Anak-anak perlu lebih memahami jika ibu bapa tidak terdedah dengan cara hidup di bandar. -Gambar hiasan AI

"Aku ajar mereka cara makan. Tiba-tiba bapak aku kata macam orang ulu kamu ni. Diam aje ler. Aku letak makanan dalam pinggan abah.

"Dia cakap masing-masing la makan," cerita wanita itu di Threads yang kecewa dengan sikap si bapa.

Terkilan selepas cuba melayan orang tuanya dengan baik, wanita ini memilih untuk berdiam diri sepanjang perjalanan pulang sebelum ibunya cuba menenangkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita trauma kenang sikap baran bapa, sampai besar hidup dalam ketakutan... Badan terangkat dicekik paling tak boleh lupa!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘meletup’ dengan sikap bapa kaki ketum, remuk tengok ibu ‘bela’ biawak hidup - “Semoga dia menyesal jadi orang tak berguna!”

"Aku kecil hati tapi aku yang serba salah buat dia macam tu. Mak aku cakap tak payah kecil hati. Abah memang macam tu," imbasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita itu tidak seharusnya terlalu mengambil hati kerana menganggap bapanya mungkin berasa janggal dengan suasana restoran berkenaan.

Ada juga berpandangan restoran berkonsepkan layan diri mungkin kurang sesuai untuk ibu bapa yang tidak biasa dengan cara layan diri untuk makan di restoran sedemikian.

  • Niat belanja mak ayah makan bertukar pilu.
  • Anak kecil hati disindir bapa ketika makan.
  • Hasrat gembirakan ibu bapa tak kesampaian.
  • Bapa enggan dibantu, anak pulang kecewa.
  • Netizen anggap bapa sekadar kekok dengan konsep layan diri.

"Orang tua memang macam tu lah dik. Kadang kena fikir tekak dorang jugak. Restoran macam tu untuk budak Gen Z dan mak ayah yang duduk bandar bolehlah terima. 

"Dalam mall banyak lagi makanan berasaskan nasi atau mi. Macam ayah saya, fast food reti makan Kentucky Fried Chicken je. Lain memang tak nak.

"Dia rimas nak makan tapi banyak pula arahannya siap kena ajar cara. Maafkan je bapamu.

"Mungkin dia segan dengan pandangan orang, nampak macam dia dari ceruk mana tak reti makan," komen beberapa netizen.

Artikel Lain