PASANGAN sekufu bukan hanya diukur melalui kemampuan kewangan, malah turut merangkumi keserasian pemikiran dan kematangan.Menurut seorang wanita, dia ragu-ragu untuk meneruskan hubungan percintaannya ke fasa lebih serius kerana perbezaan ketara daripada segi pemikiran. Jelasnya, dia merupakan pemegang ijazah, manakala teman lelakinya hanya bersekolah sehingga peringkat Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).Tak semua wanita sanggup berkahwin dengan lelaki yang tidak berpendidikan tinggi. -Gambar hiasan AI"Walaupun aku ada ijazah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.50 je, tapi aku tak bodoh sangat. Boyfriend aku sampai STPM je."Aku cuba terima dia. Tapi terserlah cara pemikiran kami sangat berbeza. Aku tak rasa pandai apabila berborak dengan dia. Dia macam blur je."Sekarang tengah fikir, macam mana nak putuskan hubungan? Tapi harapnya kami boleh kekal sebagai kawan je," tulis wanita itu.Wanita luah hasrat untuk putuskan hubungan dengan teman lelakinya.Dia beranggapan mereka tidak sekufu dari segi kematangan fikiran.Wanita itu memiliki ijazah manakala teman lelakinya belajar sehingga STPM.Wanita itu berkata dia sudah terbiasa berborak pelbagai topik serius dengan keluarganya.Ringkasan ini dijana oleh AIJelas wanita itu, dia tidak berniat untuk menghina, sebaliknya mahu mencari pasangan yang memiliki tahap pemikiran setara dengannya."Aku dah terbiasa open discussion dengan keluarga. Kami suka borak politik, sains, geografi, sejarah, pengajian Islam dan sebagainya."Sekecil-kecil soalan seperti kenapa cuaca sejuk apabila hujan pun boleh jadi topik perbualan keluarga aku setiap kali makan malam," ceritanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Baru naik gaji RM5,000 terus rasa tak sekufu... Lelaki terfikir nak cerai sebab isteri cuma raih RM1,800 sebulanARTIKEL BERKAITAN: “Dah faham kenapa kena cari sekufu” - Graduan sarjana sedih cinta kecundang, ikhlas terima lelaki tiada ‘sijil’ tapi akhirnya ditinggalkanHantaran di aplikasi X itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen.Malah, ada yang menuduh wanita itu sengaja mencipta alasan kerana mahu meninggalkan teman lelakinya."Atau kau sebenarnya dah jumpa calon lain yang lebih berpotensi kan?"Kau pun CGPA 2.50, tak payahlah rasa pandai sangat," tulis netizen.