KESETIAAN dan kebaikan seorang isteri sepatutnya menjadi perkara yang paling dihargai dalam sesebuah rumah tangga.Namun berbeza pula bagi seorang lelaki yang mengakui kini berdepan dilema apabila merasakan perbezaan gaji antara mereka mula mengikis rasa cintanya kepada si isteri. Dia secara jujur mengakui mula berasa kurang senang apabila gajinya melonjak naik sehingga melebihi RM5,000 tahun ini, sedangkan pendapatan isterinya kekal di takuk lama sekitar RM1,800 sejak awal perkahwinan."Sudah lima tahun usia perkahwinan kami. Dia seorang yang baik, green flag dan setia. Kadang apabila saya sakit demam pun dia sanggup balik dari tempat kerja.Suami sepatutnya lebih menghargai dan memahami isteri. -Gambar hiasan AI"Semata-mata dia nak buatkan teh panas sebab rumah dan tempat kerja isteri saya dekat je. Cuma masalahnya sekarang ni tahun ni gaji saya naik sampai RM5,000."Tapi bini saya pula dari awal perkahwinan, sampai la sekarang sama je RM1,800," ujar lelaki itu di Threads.Menurutnya, dia berasa kurang senang apabila isterinya juga tidak menunjukkan usaha untuk mencari pendapatan tambahan menerusi kerja sampingan.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 3 bulan suami naik pangkat, isteri kecil hati tak diberitahu gaji pun bertambah - “Nafkah bulan-bulan sama je”ARTIKEL BERKAITAN: “Aku dah berhenti doakan dia murah rezeki” - Isteri kecil hati suami tiba-tiba ‘ghaib’ ketika nak bayar losen dan krim pelembap"Tak ada usaha langsung nak buat pendapatan extra dengan menjahit atau sebarang pekerjaan lain. Jadi patut lagi ke saya teruskan perkahwinan ni."Atau saya tinggalkan je dia dan cari perempuan sekufu, yang sama tangga gaji?," ujar lelaki itu lagi yang buntu memikirkan masa depan perkahwinan mereka.Tidak mengejutkan apabila perkongsian itu mengundang kecaman hebat netizen, terutamanya golongan wanita yang menyifatkan lelaki berkenaan gagal menghargai kebaikan isterinya.Suami dilema apabila gaji isteri kekal RM1,800 selepas lima tahun berkahwin.Lelaki akui isterinya baik, setia dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya.Jurang pendapatan membuatkan dia mula mempersoalkan soal 'sekufu' dalam perkahwinan.Dia turut mendakwa isteri tidak berusaha mencari pendapatan tambahan.Luahannya mengundang kecaman netizen yang mempertahankan pengorbanan si isteri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tinggal je la dik. Biar bini kau tu kahwin dengan orang yang bergaji RM10,000. Supaya dia tak payah kerja."Baru gaji naik RM5,000 dah acah tak sekufu? Dasar B40 culture shock."Bukan dia yang kena keluarkan nafkah untuk awak, pelik juga awak ni. Itu duit dia, lantak dia nak buat apa pun. Yang penting bukan guna RM1,800 untuk tolong awak," komen beberapa netizen.