suria

Sudah 3 bulan suami naik pangkat, isteri kecil hati tak diberitahu gaji pun bertambah - “Nafkah bulan-bulan sama je”

Suami isteri perlu berkomunikasi bagi menyelesaikan salah faham dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

ISTERI merupakan insan terdekat yang menjadi saksi susah senang serta kejayaan seorang lelaki.

Namun, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila suaminya memilih untuk tidak berkongsi berita gembira dengannya.

"Buka laptop suami sebab nak search something. Kebetulan, halaman email dia tak tutup.

Story on the ATM machine scandal. RAYMOND OOI/ The Star

Duit boleh menjadi punca perbalahan yang membawa kepada perceraian. -Gambar hiasan

"Dapat tahu rupa-rupanya dia dapat promotion tiga bulan lepas tapi buat senyap je. Gaji dah naik, nafkah bulan-bulan sama je.

"Dengan bini pun berkira. Harap para suami di luar sana jangan buat macam ni. Happy wife, happy life," tulisnya di X.

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memihak kepada suami wanita itu.

  • Wanita kesal suami berahsia tentang kenaikan pangkat.
  • Dia hanya mengetahui hal itu selepas terbaca email suaminya.
  • Dia mendakwa nafkah bulanan masih sama walaupun suami sudah naik gaji.
  • Ramai netizen menyelar sikap wanita itu.

"Happy wife, happy life... tapi kau check tak yang suami tu happy atau struggle? Cukup ke duit dia hari-hari?

"Jangan ingat happy kau je. Dia pun manusia. Kadang lelaki ni tak tunjuk susah depan bini walaupun dalam wallet ada RM5," tegur seorang netizen.

Menurut netizen lagi,  pasti ada sebab lelaki itu memilih untuk berahsia dengan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun kerja, suami enggan ‘berpisah’ dengan syarikat...'Terbuai' dengan jawatan HOD walau gaji RM2,000

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM100, banyak hutang... Suami tetap ragu-ragu izin isteri kerja, risau komitmen baharu pula muncul

"Siapa yang berkira dalam kes ni? Dia penat kerja, kau pula nak claim.

"Kalau pendapatan dia meningkat, perbelanjaan pun kena naik ke? 

"Suami takkan berahsia kalau perangai kau elok," tulis netizen.

Artikel Lain