Setiap ibu ingin memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik walau berada di rumah. -Gambar hiasan AI
SETIAP ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya, terutamanya dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik dan cemerlang dalam bidang akademik.Maka tidak hairanlah ada sanggup melabur wang ringgit demi mendapatkan perkhidmatan tutor peribadi di rumah bagi merealisasikan matlamat tersebut. Mengambil langkah yang sama, seorang wanita bagaimanapun meluahkan kekecewaan apabila guru tuisyen yang diupah untuk mengajar anaknya didakwa kerap membatalkan kelas pada saat akhir.Sikap tidak profesional yang berulang kali terjadi itu akhirnya membuatkan si ibumula berasa buntu dan merasakan dia seolah-olah menjadi mangsa taktik penipuan (scammer) guru berkenaan.Perkhidmatan guru tuisyen sangat diperlukan bagi membantu perkembangan akademik kanak-kanak. -Gambar hiasan AI"Rasa macam kena scam dengan cikgu yang datang rumah untuk mengajar anak, saya dengan bibik siap betting berkaitan pembatalan kelas walaupun dia dah janji."Rupanya betul dan kali ini dia bagi alasan kereta rosak pula," luahnya di Threads.Menurut wanita ini, bagi mengelak isu sama berulang dia meluahkan hasrat untuk membatalkan pakej yang diambil.Susulan itu, dia meminta guru tuisyen terbabit memulangkan semula wang pengajian yang sudah dibayar.Ibu kecewa tutor peribadi anak kerap batalkan kelas saat akhir.Dakwa sering beri alasan termasuk kereta rosak dan hal peribadi.Permintaan pulangkan baki yuran ditolak kerana duit sudah digunakan.Tutor turut kerap tukar jadual dan minta anak datang ke rumahnya.Netizen kecam sikap tidak profesional, nasihat cari tutor baharu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya minta dia refund duit balik sebab malas nak bising dan pening kepala fasal dia."Tapi dia cakap duit dah tak ada sebab guna untuk betulkan kereta yang rosak... macam-macam lagi alasannya," adunya lagi.Bukan itu sahaja, dia juga terkilan apabila individu berkenaan sewenang-wenangnya mengubah waktu dan hari pembelajaran yang sudah ditetapkan.Malah, dia juga diminta untuk menghantar anaknya ke rumah guru terbabit bagi membolehkan proses pembelajaran berlangsung.ARTIKEL BERKAITAN: Runsing anak tak kuasai 3M nak masuk Tahun 1, cikgu tuisyen pula tarik diri... Ibu kritik sikap guru, sistem persekolahan masa kiniARTIKEL BERKAITAN: Tutor kena maki ibu pelajar tengah malam, tak puas hati anak gagal Matematik SPM... Rupanya sebab sibuk main TikTok!"Saya tetapkan kelas pada hari Rabu dan Jumaat, akhirnya kita pula kena ikut waktu dia sebab suka-suka hati nak tukar masa. Batal kelas pun tak maklumkan, sekarang dia tanya boleh ke hantar anak pergi tuisyen dekat rumah dia," tambahnya.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat guru terbabit bersikap tidak profesional dan menyarankan wanita itu mendapatkan khidmat tutor lain demi memastikan pembelajaran anaknya tidak terjejas."Semoga dipermudahkan urusan sis, bukan pasal duit masalahnya tapi ni tak bertanggungjawab jadi guru."Tak seronoknya dapat tutor yang macam ni, mengajar tu sesuatu yang sepatutnya seronok dan gembira," demikian reaksi netizen.