suria

Runsing anak tak kuasai 3M nak masuk Tahun 1, cikgu tuisyen pula tarik diri... Ibu kritik sikap guru, sistem persekolahan masa kini

Kanak-kanak memerlukan perhatian dan bimbingan ibu bapa walau dihantar ke sekolah. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa apabila mendapati sesetengah guru di kawasannya mengharapkan kanak-kanak berusia tujuh tahun sudah pandai menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sebaik sahaja memasuki Tahun 1.

Sikap sebegitu membuatkan dia bimbang kerana anaknya masih belum menguasai kemahiran berkenaan.

"Di sekolah, cikgu-cikgu jangka budak dah pandai 3M sebelum masuk sekolah.

"Aku nak buat apa dengan anak aku yang lagi sebulan lebih nak masuk darjah satu ni," luahnya di Thread.

Latihan yang dibuat anak pengadu di kelas tuisyen.

Latihan yang dibuat anak pengadu di kelas tuisyen.

Membandingkan situasi yang dilalui semasa zaman persekolahan dahulu, ujar wanita ini, rakan sekelasnya yang lemah kemahiran bertutur juga berpeluang memasuki alam persekolahan.

Malah dakwanya, rakan berkenaan juga berjaya menamatkan persekolahan dengan baik.

Susulan itu dia mempertikaikan sistem pendidikan masa kini yang menetapkan 3M sebagai asas kemasukan ke sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita resah ada anak kurang cerdik, tak warisi kepandaian mak ayah - “Saya dan suami pelajar cemerlang SBP”

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tunjuk redflag masalah pembelajaran, guru kecewa mak ayah masih ‘relax’- “Anda dah aniaya anak sendiri”

"Seingat aku, zaman aku dahulu ada kawan yang pelat boleh masuk darjah satu... cikgu relaks je ajar.

"Sampai habis belajar juga budak tu, kenapa sekarang cikgu-cikgu macam ni?" soalnya yang buntu dengan situasi dialami.

Mengakui bimbang dengan masalah pembelajaran anaknya, wanita ini cuba mendapatkan perkhidmatan tenaga pengajar tuisyen.

  • Ibu kecewa ramai cikgu harap murid Tahun 1 sudah mahir 3M.
  • Bandingkan zaman dulu, murid pelat pun masih layak masuk sekolah.
  • Cikgu tuisyen pula enggan teruskan kelas, cadang pergi terapi.
  • Anak didakwa sukar fokus, kawalan pensel lemah dan kerap bangun dari tempat duduk.
  • Netizen simpati dan sokong cadangan terapi one-to-one untuk bantu kanak-kanak itu.

Namun malangnya, selepas kelas pertama berlangsung, guru tuisyen enggan meneruskan pengajaran dan memintanya mendapatkan perkhidmatan terapi secara bersemuka.

"Ibu macam aku ni pening tau, hantar anak ke tuisyen tapi cikgu tuisyen tak mahu ajar.

"Nak ajar sendiri di rumah, aku pula tak ada masa dan memang tak belajar kemahiran mengajar budak," katanya sambil berkongsi mesej guru tuisyen terbabit.

Berdasarkan tangkap layar perbualan di antara mereka berdua, guru tersebut menyatakan pihaknya tidak dapat mengawal pergerakan kanak-kanak itu sepenuhnya.

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. -Gambar hiasan AI

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. -Gambar hiasan AI

Malah katanya, latihan yang diberikan tidak dapat disiapkan selain kanak-kanak itu sering keluar dari tempat duduk apabila ditegur.

"Latihan berjaya disiapkan sedikit, selebihnya dia tidak mahu meneruskan buat latihan.

"Apabila ditegur atau dimarah, dia hanya diam seketika dan tidak lama kemudian dia akan mula bangun, berjalan dan keluar dari tempat duduknya.

"Kawalan penselnya juga lemah dan dia belum dapat menulis dengan baik selain sukar memberi fokus pada tugasan.

Segelintir warga maya bersetuju dengan cadangan yang diberikan guru tuisyen terbabit.

Segelintir warga maya bersetuju dengan cadangan yang diberikan guru tuisyen terbabit.

"Melihat kepada keperluannya, dia mungkin lebih sesuai dengan kelas berfokus (one-to-one)," jelas guru tersebut.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya bersimpati dengan masalah dialami.

Tidak kurang juga yang bersetuju dengan cadangan guru tuisyen supaya kanak-kanak tersebut mendapat perkhidmatan terapi secara bersemuka.

"Saya rasa cikgu tuisyen tu bagus sebab awal-awal lagi dia dah maklum tidak sesuai untuk mengajar anak puan selain nyatakan cadangan.

"Sebagai guru, saya pun cadangkan puan ikut nasihat yang diberikan sebab anak puan sangat lemah untuk usia enam tahun," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia