Pengasuh sepatutnya tidak membawa anak asuhan keluar bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini berlaku. -Gambar hiasan AI
MENCARI pengasuh yang berkualiti dan boleh dipercayai bukan tugas mudah, diibaratkan seperti satu percaturan hidup buat ibu bapa yang bekerja.Seperti kisah wanita ini, dia menceritakan pengalamannya mendapat pengasuh yang disifatkan sebagai 'tangkap muat'. Adunya, individu terbabit sudah mempunyai dua orang anak asuhan dalam jagaannya namun pada masa sama turut melakukan bisnes membuat kek dan donat.Seorang pengasuh perlu menjalankan amanah dengan baik. -Gambar hiasan AI"Pengasuh aku jumpa ini sudah ada dua orang budak, masuk anak aku yang baby jadi tiga orang."Katanya dia ada kerja sambilan buat kek dan donat di rumah," adunya yang bimbang nasib anaknya jika wanita itu menjadi pengasuh.Apa lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa pengasuh tersebut secara terang-terangan meminta menyediakan kereta sorong bayi (stroller) walaupun bayinya belum mula dihantar ke sana.Ibu risau pengasuh ‘tangkap muat’, sudah jaga dua anak asuhan.Pengasuh turut buat bisnes kek dan donat dari rumah.Minta stroller walaupun bayi belum dihantar.Mahu bawa bayi keluar beli barang dapur, timbul isu keselamatan.Netizen nasihat tukar pengasuh, utamakan keselamatan anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Belum hantar lagi dia dah request stroller sebab nak bawa anak aku pergi beli barang dapur," tambahnya yang terkejut dengan permintaan pengasuh berkenaan.Kecewa dengan sikap tersebut, si ibu beranggapan pengasuh itu seolah-olah hanya memikirkan komitmen dan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan aspek keselamatan kanak-kanak di bawah jagaannya."Dia fikir untuk commitment dia je, tapi bukan keselamatan anak aku. Annoyed ya," luahnya lagi dengan nada kesal.ARTIKEL BERKAITAN: Jiran pengasuh tahan tengah jalan, kongsi audio budak menangis tanpa henti... Suara dalam rakaman buat hati si ibu hancur!ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘buang’ anak secara halus, 12 hari hilangkan diri tanpa khabar... Tindakan pengasuh ini agak luar jangkaRata-rata netizen turut meluahkan kebimbangan yang sama, malah ada yang menasihatinya agar mencari pengasuh lain demi keselamatan anak-anak."Tolong tukar pengasuh ye puan, saya yang pengasuh ni pun sibuk memasak masa Subuh sebab kalau ada anak asuhan memang tak sempat nak memasak."Tolong batalkan, mana boleh bawa anak orang keluar... kerja dia jaga anak yang diamanahkan dan bukan ambil risiko," demikian reaksi netizen.