Proses pengangkatan perlu berlandaskan undang-undang bagi mengelakkan isu di kemudian hari. -Gambar hiasan AI
HATI siapa yang tidak luluh apabila melihat anak kecil berusia empat tahun seolah-olah menjadi mangsa keadaan dan diabaikan ibu kandungnya sendiri.Lebih menyayat hati apabila dia didakwa dibiarkan begitu sahaja di rumah pengasuhnya selama hampir dua minggu tanpa sebarang khabar berita. Situasi yang tidak masuk akal itu membuatkan pengasuhnya berasa hiba dan akhirnya nekad meluahkan hasrat untuk mengambil kanak-kanak lelaki terbabit sebagai anak angkat secara sah."Sudah masuk hari ke-12 anak tersebut dalam jagaan saya. Saya menghubungi ibu kandungnya dan berbincang mengenai hal pengambilan anak angkat... tapi dia tidak bersetuju," ujarnya menerusi hantaran di Facebook.Namun kata wanita ini, selepas berfikir semula dan mungkin sedar akan hikmah di sebaliknya, ibu kanak-kanak terbabit akhirnya berubah fikiran.Dia kini bersetuju untuk menyerahkan anaknya itu bagi memulakan hidup baharu sebagai anak angkat kepada pengasuhnya.Dayang bersama anak asuhannya yang dibiarkan ibu kandung selama 12 hari.Meskipun sudah mendapat keizinan secara lisan, wanita ini mahu proses pengangkatan tersebut dilakukan mengikut lunas undang-undang yang sah.Baginya, prosedur yang betul amat penting bagi menjamin masa depan kanak-kanak berkenaan selain mengelakkan sebarang konflik pada masa hadapan."Proses pengangkatan ni mesti mengikut prosedur yang betul demi keselamatan dan masa hadapan budak ni juga."Pada masa sama ia dapat melindungi semua pihak daripada sebarang isu berbangkit di kemudian hari," adunya lagi.Demi memastikan anak kecil itu mendapat pembelaan sewajarnya, dia malah sanggup menawarkan 'jalan keluar' buat ibu kandung tersebut.Dia menyatakan bahawa segala tunggakan bayaran asuhan tidak perlu dilangsaikan sekiranya proses pengangkatan itu berjaya dilakukan sepenuhnya.Kanak-kanak 4 tahun didakwa ditinggalkan ibu hampir dua minggu di rumah pengasuh.Pengasuh simpati, hasrat ambil sebagai anak angkat.Ibu kandung pada awalnya tak setuju, kemudian beri persetujuan.Proses pengangkatan mahu dibuat ikut prosedur undang-undang.Pengasuh rancang hantar sekolah dan bantu rawat masalah lambat bercakap.Ringkasan ini dijana oleh AITambah pengadu, tindakan berani itu diambil atas dasar simpati yang mendalam terhadap nasib anak asuhannya yang sering terabai dan tidak diuruskan dengan baik.Menceritakan situasi sebenar kepada mStar, wanita yang dikenali sebagai Dg Che Norhakimah Mudah berkata, kanak-kanak yang mesra disapa Aish itu mula dijaganya sejak 26 Mac lalu."Pada mulanya, mak dia minta tolong mengasuh kerana mendakwa pengasuh asal tak dapat jaga. Jadi saya minta bayaran pendahuluan, tapi dia maklumkan tak ada duit sebab baru mula kerja."Disebabkan rasa kasihan, saya terima juga dan minta dia bayar duit pendahuluan RM100 pada 2 April lalu," ujarnya ketika dihubungi mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Jiran pengasuh tahan tengah jalan, kongsi audio budak menangis tanpa henti... Suara dalam rakaman buat hati si ibu hancur!ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkenan dengan budak Form 5 sampai nak jadikan anak angkat, isteri rela hamil lagi demi dapat zuriat perempuanMenurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, berdasarkan perjanjian awal, Aish akan dijaga sepenuh masa selama enam hari dalam seminggu dengan bayaran RM800 sebulan.Namun malangnya, sehingga kini, anak kepada wanita berusia 23 tahun itu dibiarkan bersamanya."Lepas saya cakap dah tak boleh jaga anak tu, mak budak ni terus abaikan panggilan telefon dan WhatsApp saya."Tiba-tiba ayah angkat budak ni hubungi saya dan kongsikan pelbagai cerita termasuk statusnya sebagai anak luar nikah," luahnya yang berharap urusan mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat berjaya.Warga maya menyokong hasratnya untuk menjadikan Aish sebagai anak angkat.Meskipun bergantung pada sumber pendapatan sebagai pengasuh dan penerima bantuan zakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), wanita berusia 30 tahun ini mahu memberikan yang terbaik kepada anak asuhannya itu.Malah dia yang mesra disapa Dayang turut merancang untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke sekolah pada tahun hadapan dan membantu merawat masalah lambat bercakap yang dialami."JKM dah bagi borang untuk isi, tapi tak tahulah lepas atau tidak untuk ambil anak angkat."Saya memang dah rancang akan hantar dia ke sekolah pada tahun hadapan kerana telah berusia lima tahun," tambahnya sambil menyatakan suaminya yang berusia 64 tahun turut bersetuju dengan hasrat untuk menjadikan Aish sebagai anak angkat.