suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah melencong ke rumah urut ‘happy ending’, perkahwinan 12 tahun hancur sekelip mata penangan ketuat kelamin

Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan jangkitan yang dialami semakin teruk. -Gambar hiasan AI

PENGGUNAAN kondom ketika melakukan hubungan seks bebas tidak menjadikan seseorang itu kebal sepenuhnya daripada risiko jangkitan penyakit kelamin.

Begitulah situasi dialami seorang lelaki apabila dia dijangkiti ketuat kelamin sehingga rumah tangga yang dibina selama 12 tahun akhirnya musnah.

Kisah mengenai duda berusia lewat 30-an itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh Dr Ahmad RZ menerusi aplikasi Threads.

"Pesakit cerita kepada saya, dia berpisah dengan isteri kerana ketuat. Selama 12 tahun berkahwin, berpisah hanya kerana ketuat.

"Dia mengakui pernah diajak kawan sekerja ke rumah urut ketika berkursus. Rumah urut yang ada happy ending.

"Dia tidak jangka apa-apa kerana pakai kondom. Daripada awal sampai akhir pakai kondom tapi masih boleh dapat jangkitan ketuat ini," ujarnya.

Menurut Dr Ahmad, pesakit yang baru bercerai kira-kira setahun lalu itu datang mendapatkan rawatan kerana terbaca tentang risiko ketuat berkenaan.

"Dia datang kerana ruam ketuat atau warts pada pangkal zakarnya. Dia perasan ia tumbuh satu, kemudian makin banyak. Warts itu pada pangkal zakar, di kawasan bulu kemaluan.

"Dia mula risau selepas dia baca tentang ketuat kelamin dan kaitannya dengan jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) serta risiko kanser," ujarnya lagi.

Aktiviti seks bebas boleh menjadi punca jangkitan penyakit kelamin. -Gambar hiasan AI

Tambah Dr Ahmad, isteri lelaki itu turut menjalani ujian HPV, namun keputusannya negatif, sekali gus menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.

"Hanya kerana satu aktiviti seksual tersebut, dia dijangkiti. Jangkitan kelamin seperti HPV dan Herpes masih boleh berlaku meskipun dengan pemakaian kondom. 

"Direct contact dari kulit ke kulit, yang terkena pada kawasan yang tidak di tutupi oleh kondom, di situlah jangkitan ini boleh terjadi.

"Sebab itu ketuat yang dia ada, hanya melibatkan kawasan pangkal zakar dan bulu kemaluan. Ruam ketuat ini tidak tumbuh naik serta merta. Boleh jadi minggu, bulan atau tahun," jelasnya.

Menurut Dr Ahmad lagi, pesakit boleh menjalani prosedur untuk membuang ketuat, namun jangkitan itu tetap masih ada.

"Jangkitan ketuat kerana HPV ini tiada penyembuhan. Rawatan hanyalah bertujuan untuk buang ketuat itu saja, tapi jangkitan itu masih ada.

"Jika dia nak cari pasangan hidup baru, pasangannya perlu lengkap divaksin untuk cegah jangkitan HPV berisiko tinggi yang boleh bawa kepada risiko kanser," ujarnya.

Jika mengalami ketuat kelamin ini, pesakit perlu tahu tiga perkara yang boleh berlaku terhadap ketuat ini, iaitu:

1. Ketuat boleh mengecil dan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan.

2. Ketuat boleh kekal seperti itu tanpa perubahan.

3. Ketuat ini boleh membesar, agresif dan semakin banyak dan merebak.

Apabila mengalami situasi ketiga, pesakit perlu mendapatkan pemantauan yang kerap.

Ia berikutan ketuat yang membesar dan agresif adalah tanda ketahanan badan yang lemah, kebanyakannya berlaku kerana jangkitan HIV.

Artikel Lain