BIASANYA bangkai kucing peliharaan akan terus ditanam sejurus ia mati.Namun dakwa seorang wanita, pemilik tidak sepatutnya menanam bangkai kucing sekurang-kurangnya empat jam selepas ia mati. Dakwanya, bangkai kucing perlu dibiarkan dalam tempoh tersebut sebelum ditanam kerana ada potensi ia akan hidup kembali."Saya baru tahu, tolong sebarkan. Tapi kalau salah, minta maaf ya. Saya dengar, kalau kucing mati, jangan kacau kucing tu."Jangan peluk, gendong atau usap sampai empat jam. Sebab ia tengah bertarung dan dalam keadaan sakit. Jadi jangan sentuh dulu."Bagi masa. Kena ambil masa sebab kadang boleh jadi ia hidup balik. Dengar macam lawak, tapi inilah yang saya dengar," tulisnya.Kematian kucing bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. -Gambar hiasan AIDakwa individu itu lagi, dia juga pernah berdepan kematian kucing peliharaan, namun tidak pernah mencuba 'petua' berkenaan."Tunggulah dulu sekejap, cuba pam dada kucing. Kalau tak boleh juga, maksudnya ia dah betul-betul pergi."Kalau sayang, cuba buat dulu macam ini supaya tak menyesal nanti. Tak nak jadi macam saya yang dah tersilap langkah."Kalau boleh putar masa, saya akan cuba apa saja untuk hidupkan balik kucing saya kalau masih ada harapan," tulisnya lagi.Hantaran di aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen daripada netizen yang mendakwa cara itu berkesan."Saya pun ingat kucing dah mati sebab nafas tak turun naik. Dalam sejam saya panggil nama, ia hidup balik."Hari itu dekat TikTok, dia tunjuk kucingnya mati tiba-tiba hidup balik," tulis netizen.Menurut seorang individu lagi, dia juga akan mengambil masa bagi memastikan kucingnya sudah benar-benar mati sebelum ditanam di dalam tanah."Saya biasa akan tunggu dalam 30 minit. Saya periksa mata hitam dah besar bulat bila disuluh lampu."Bila badannya dah mula sejuk dan kaku, gusi pucat, maknanya ia dah benar-benar kembali kepada pencipta," kongsi individu itu pula.Penjelasan sains di sebalik kucing 'hidup semula'Bagaimanapun menurut kajian saintifik, tiada bukti kukuh menunjukkan kucing yang telah mati secara klinikal atau biologi boleh hidup semula.Ini kerana sebaik sahaja jantung kucing berhenti berdegup dan otak tidak lagi menerima bekalan oksigen, sel-sel di dalam badan haiwan akan mula rosak dan mati secara kekalMisteri kucing 'hidup semula' selepas didapati mati, dalam konteks sains dan veterinar, ini biasanya berlaku disebabkan dua keadaan iaitu mati suri dan tindak balas saraf.Mati suri berlaku apabila kucing mungkin berada dalam keadaan koma atau hipotermia akut di mana degupan jantung dan pernafasan terlalu perlahan sehingga sukar dikesan tanpa alat perubatan.Manakala tindak balas saraf selepas mati berlaku apabila jantung atau otot haiwan mengalami kekejangan atau pengecutan refleks akibat tindak balas saraf yang masih aktif untuk beberapa minit dan disangka masih hidup.