suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin panas! Syida Melvin cari komposer cipta lagu ‘Laici Kang’, tak mahu netizen lupa

Syida minta orang ramai membuat lagu Laici Kang yang dihantar bekas suaminya.

PELAKON Syida Melvin membuka peluang kepada mana-mana individu untuk menggubah lagu bertemakan 'Laici Kang' susulan tindakan bekas suaminya yang didakwa memperlekeh perniagaan yang diusahakannya itu.

Syida atau nama sebenarnya Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 30, berkata dia enggan membiarkan sindiran tersebut lenyap begitu sahaja, sebaliknya mahu menukar kata-kata ejekan berkenaan menjadi sebuah karya muzik yang menghiburkan.

“Aku ada kerja untuk kalian. Siapa nak reka lagu laici kang, balik kampung, tanam jagung untuk aku? Tolong sat, siapa pandai buat lagu, buat lagu bagi 'hype'.

“Jangan bagi netizen lupa lagu laici kang, penghinaan untuk aku. Aku nak dengar mana yang paling terbaik .

Syida mahu lagu tersebut diingati ramai. 

“Komposer dia sekarang ini tengah takut, patutnya banggalah kan? Tapi sekarang ini ramai kata dia takut. Dia buat lagu untuk saya, saya bangga dan saya muat naik. Saya nak orang sedapkan lagi lagu ini, saya nak dengar,” katanya melalui satu hantaran di Threads pada Rabu. 

Sebelum ini, kemelut berkenaan tercetus selepas Syida mendedahkan rakaman nota suara daripada bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen yang didakwa mengejek perniagaan minuman laici kang yang dijualnya.

Jelas Syida, dia selama ini memilih untuk menutup aib lelaki berkenaan, namun terpaksa bersuara selepas mendakwa tindakan bekas suaminya itu sudah melampaui batas sehingga menyentuh maruah orang tuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin ‘naik hantu’, dakwa bekas suami hina ibu bapa... Dedah bayaran rumah masih tertunggak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syida Melvin buntu...suami enggan bayar hutang tertunggak syarikat milik bersama

“Aku jual laici kang dekat kampung pun diejek dan dihina dia, tak tahulah apa masalah dengan manusia macam ini.

“Inilah sisi lain yang aku sorok aib dia selama ini sampailah dia dah hina mak bapa aku, takkan aku nak diam lagi? Aku isi masa lapang jual laici kang tepi rumah pun dia hina,” ujarnya. 

Sebelum ini, Syida mendakwa dia masih belum mendapatkan hak untuk tinggal di rumah miliknya selepas sah bercerai dengan bekas suami iaitu Mohamad Syafiq Azim Shahleen pada 12 Ogos lalu.

Syida dan Syafiq bercerai pada 12 Ogos lalu. 

Syida berkata Mohamad Syafiq tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah tempat tinggal sepanjang dia masih dalam tempoh idah.

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, Syida tidak dapat menahan marah apabila mendapat tahu bekas suaminya menghina kedua-dua ibu bapanya.

Untuk rekod, Syida dan Syafiq Azim, 37, sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.

Artikel Lain