suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasport siap, hasrat tatap wajah bapa tercinta tercapai... Tiga anak arwah Kapten AA sedia terbang ke Oman

Tiga anak arwah Kapten AA akhirnya menerima pasport masing-masing pada Sabtu untuk berlepas ke Muscat bagi memberi penghormatan terakhir.

TIGA anak pengacara dan personaliti media sosial, Allahyarham Akhmal Asyraf atau Kapten AA, akhirnya menerima pasport masing-masing selepas urusan perjalanan ke Oman dipermudahkan pihak berkuasa.

Khabar gembira itu dikongsikan pengasas RareTV, Saiful Nang menerusi Threads pada Sabtu yang turut memaparkan video tiga beradik berkenaan memegang dokumen perjalanan mereka.

Menerusi perkongsian itu, Saiful memaklumkan Isa, Hud dan Luth kini bersedia berangkat ke Oman bagi memberi penghormatan terakhir kepada bapa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Akhmal Asyraf reda anak dikebumikan di bumi para Anbia, anggap pemergian sebagai pejuang Islam

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau menerima panggilan daripada pelbagai pihak sejak pagi Jumaat berhubung kesukaran tiga beradik itu mendapatkan pasport.

"Sebak hati saya memikirkan tiga beradik ini. Dalam saat baru kehilangan ayah tersayang, mereka sedang berusaha untuk sampai ke sana bagi memberi penghormatan terakhir.

"Saya segera meminta pegawai saya menghubungi saudara Saiful Nang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyelaras urusan pasport bersama wakil keluarga.

"Alhamdulillah, petang ini (Sabtu) Isa, Hud dan Luth menerima pasport mereka di UTC Shah Alam," katanya.

Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia atas tindakan pantas membantu menyelesaikan urusan berkenaan.

Untuk rekod Akhmal meninggal dunia di Muscat, Oman, pada Khamis kerana jangkitan paru-paru.

Akhmal berada di Oman bersama pasukan produksi bagi menjayakan rakaman program Kembara Wahyu Ramadan 2027 di Oman yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari.

Artikel Lain