suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UniKL sedia baiki etika konvokesyen, mohon maaf isu hiburan ala konsert dalam majlis iktiraf ilmu

Tangkap layar menunjukkan suasana ketika segmen persembahan hiburan semasa Majlis Konvokesyen UniKL Ke-23.

UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) mengambil maklum teguran orang ramai berhubung segmen persembahan hiburan yang diadakan sempena Majlis Konvokesyen Ke-23 institusi itu.

Menerusi kenyataan media pada Sabtu, UniKL memaklumkan pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas teguran yang diterima.

"UniKL memohon maaf atas kekhilafan tersebut," demikian menurut kenyataan berkenaan.

Katanya lagi, langkah penambahbaikan akan dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam masa terdekat.

Isu persembahan hiburan berkonsepkan konsert pada majlis konvokesyen UniKL mula menjadi perbualan hangat sejak ia dikongsikan di media sosial.

Menerusi satu hantaran tular di Threads, seorang pengguna berpendapat graduan berhak menikmati suasana lebih meriah ketika meraikan kejayaan mereka, lebih-lebih lagi selepas membayar kos konvokesyen yang tinggi.

"Bayar (yuran) konvokesyen mahal, takkan nak dengar gamelan sahaja," tulisnya.

Sebelum ini Asyraf mengarahkan Ketua Pengarah dan pihak pengurusan Mara termasuk UniKL mengambil tindakan serius serta melakukan penambahbaikan segera terhadap kod etika dan adab penganjuran majlis konvokesyen di semua institusi pendidikan di bawah agensi itu.

Asyraf yang juga Pro-Canselor UniKL menyifatkan hiburan ala konsert dalam majlis istiadat konvokesyen sebagai tidak wajar dan tidak beradab kerana acara itu merupakan kemuncak pengiktirafan serta pemartabatan ilmu.

Asyraf Wajdi turut menegaskan bahawa ilmu bukan sekadar proses memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran, malah merangkumi pembentukan adab, penyemaian nilai serta pembinaan keperibadian insan.

Untuk rekod, Majlis Konvokesyen Ke-23 UniKL berlangsung selama enam hari bermula 21 hingga 26 November 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Majlis berkenaan turut menampilkan beberapa artis jemputan antaranya Bunkface, Wani Kayrie, K.O.I. dan Amir Jahari yang mengadakan persembahan hiburan sepanjang acara berlangsung.

Artikel Lain