PELAKON baharu Hakimi Noordin menyifatkan spekulasi kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta lokasi bersama pelakon Sharmaine Alexander sebagai bukti keserasian lakonan mereka di hadapan kamera berjaya membuatkan penonton percaya.Meskipun baru setahun jagung melangkah ke industri, Hakimi, 26, menegaskan kemesraan yang dipaparkan menerusi media sosial hanyalah sebahagian daripada komitmen untuk menghidupkan watak dalam drama lakonan mereka. "Apa yang saya boleh katakan, kalau orang sudah berkata begitu, maknanya kami 'menjual' dengan jayanya."Sebab dalam cerita ini (Kasih Yang Terkorban) memang saya bercinta dengan dia, jadi apa yang saya potretkan, saya mahu penonton rasa perkara yang sama. Kalau anda kata begitu, maknanya kami berdua berjayalah menjayakan watak kami.Hakimi jelaskan mereka hanyalah berkawan. "Sebenarnya di luar set, saya sudah lama kenal Sharmaine iaitu sejak dia menyertai Dewi Remaja. Kami memang kawan sekerja yang saya selesa untuk bekerjasama, tidak lebih daripada itu," katanya kepada mStar. Mengulas lanjut mengenai penerimaan pengikut Sharmaine, Hakimi bersyukur kerana tidak berdepan sebarang mesej berbaur kecaman atau rasa cemburu daripada peminat aktres berkenaan."Rasanya tiada peminat lelaki yang hantar mesej marah atau makan hati. Peminat-peminat Sharmaine semuanya berhemah dan faham kami sedang menjalani penggambaran drama. ARTIKEL BERKAITAN: Bangga dengan tubuh sasa, Hakimi Noordin buka baju selepas berlari sebab panas... 6 tahun usaha dapat badan berototARTIKEL BERKAITAN: Dicaci ‘berwajah tua‘... Sharmaine Alexander akui hidap sakit kulit, terpaksa ambil steroid hingga wajah asal berubah"Jadi kalau mereka sangka kami bercinta di luar, itu tanggapan yang salah,” jelasnya.Menyentuh sama ada Sharmaine memiliki ciri-ciri wanita idamannya, Hakimi mengakui keperibadian aktres itu menarik dan menyenangkan untuk dirinya. Malah Hakimi berkata dia lebih selesa mengekalkan hubungan mereka sebagai kawan rapat berbanding ke fasa percintaan.Hakimi mahu berikan fokus kepada industri terlebih dahulu. "Dia seorang yang cantik dan menyeronokkan, tetapi buat masa sekarang saya tidak melihat kepada perkara-perkara itu lagi. "Namun jika diberi pilihan untuk bercinta dengannya, saya rasa kawan lebih baik,” ujarnya.Sebelum ini, keserasian yang ditunjukkan Hakimi dan Sharmaine dalam drama Kasih Yang Terkorban dan di media sosial membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai status sebenar mereka. Malah ada yang menganggap mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta.