GARA-GARA penampilannya dilihat seakan lebih berusia, pelakon Sharmaine Alexander dituduh mengambil suntikan filler sehingga mengubah wajah asalnya.Menjelaskan perkara itu, Sharmaine atau Sharmaine Ilenna Rudy Alexander, 26, berkata perubahan pada wajahnya sebenarnya disebabkan penyakit kulit psoriasis yang dihidapinya. Menurut Sharmaine, dia perlu mengambil ubat steroid sebagai sebahagian daripada rawatan penyakit berkenaan, sekali gus menyebabkan wajahnya kelihatan lebih bengkak pada hari-hari tertentu.Sharmaine kongsi wajahnya tanpa sebarang solekkan.“Saya tidak berhutang penjelasan kepada sesiapa, tetapi saya harap perkongsian ini dapat mengingatkan kita bahawa kita tidak pernah tahu apa yang sedang dilalui oleh seseorang.“Jadi, berhentilah membuat andaian dan sentiasalah memilih untuk berbuat baik. Sebenarnya saya menghidap psoriasis dan perlu mengambil ubat steroid.“Pada hari-hari tertentu, wajah saya akan kelihatan lebih bengkak kerana itu merupakan salah satu kesan sampingan ubat tersebut,” katanya menerusi hantaran di Instagram.ARTIKEL BERKAITAN: Sharmaine Alexander lali dikecam ‘wajah berusia‘, hargai sokongan Fasha SandhaARTIKEL BERKAITAN: Sharmaine Alexander beri tempoh dua tahun ‘explore’ dunia seni, sambung PhD jurusan Undang-UndangMenerusi hantaran sama, Sharmaine turut berkongsi foto yang memperlihatkan keadaan wajah dan tubuhnya mengalami pengelupasan serta kemerahan akibat penyakit berkenaan.Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, Sharmaine bersyukur apabila psoriasis yang dialaminya kini semakin menunjukkan perkembangan positif.Bagaimanapun, dia berharap orang ramai tidak mudah membuat andaian terhadap perubahan penampilan seseorang tanpa mengetahui keadaan atau penderitaan yang dilalui. Berbuat baik itu tidak memerlukan apa-apa kos.SHARMAINE ALEXANDERPELAKON“Inilah sebabnya mengapa pendidikan itu sangat penting. Ia mengajar kita supaya tidak sewenang-wenangnya membuat andaian terhadap rupa paras atau penampilan seseorang.“Tidak semua perubahan pada wajah seseorang berpunca daripada prosedur kosmetik. Ada kalanya ia disebabkan oleh masalah kesihatan atau kesan sampingan ubat yang sedang diambil.“Berbuat baik itu tidak memerlukan apa-apa kos, tetapi satu andaian yang salah mampu melukakan hati seseorang,” ujarnya.Sharmaine tidak melakukan sebarang prosedur kosmetik untuk wajahnya.Sebelum ini, menerusi temubual bersama mStar, Sharmaine tidak mengambil hati dengan komen segelintir netizen yang mendakwa wajahnya kelihatan lebih berusia berbanding gandingannya, Fasha Sandha dalam drama Kasih Yang Terkorban.Katanya dia sudah lali berdepan kritikan mengenai penampilannya sejak mula dikenali menerusi program pencarian bakat Dewi Remaja.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!