suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaki Yamani terbuka cuba pelbagai karakter - "Mungkin belum sedia kalau watak lelaki songsang"

Zaki elak untuk ambil watak pelik.

PENYANYI Zaki Yamani terbuka untuk mencuba pelbagai peranan dalam dunia lakonan, namun belum bersedia untuk menjayakan watak lelaki songsang atau karakter pelik.

Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata sebagai pendatang baharu dia mahu memberi ruang kepada dirinya untuk mendalami ilmu seni lakonan terlebih dahulu sebelum memberanikan diri memikul tanggungjawab watak berat sedemikian.

“Saya terbuka untuk membawa pelbagai watak. Kalau buat benda yang kita minat, kita sebenarnya tidak akan memilih. Begitu juga dalam bidang nyanyian.

Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Namun, janganlah tawarkan watak yang pelik-pelik. Mungkin saya belum bersedia lagi untuk membawa watak lelaki songsang,” katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut, Zaki memberitahu buat masa ini dia lebih selesa sekiranya ditawarkan watak yang bersesuaian dengan usia dan imej dirinya seperti pelajar mahupun remaja nakal.

“Kalau watak pelajar atau budak nakal, saya okay sahaja walaupun raut wajah saya tidak berapa nampak nakal.

“Saya akan sahut apa sahaja cabaran, cuma watak yang pelik-pelik itu belum lagi. Rasa terlalu awal untuk saya lakonkan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tuduhan itu salah“ - Zaki Yamani sangkal dingin dengan Hussain, tidak salam Pak Hayat

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani suka wanita bijak, kuat bekerja... Jawab gosip bercinta dengan Azeva

Dalam pada itu, Zaki meluahkan rasa teruja apabila diberikan kepercayaan membintangi filem terbaharu berjudul Tiket Sehala arahan pengarah Rahila Ali yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 6 Ogos depan. 

Jelasnya, naskhah berkenaan menjadi platform rasmi pertama buat dirinya mempamerkan bakat lakonan yang sudah lama dipendam kepada umum.

“Sudah lama saya mahu mencuba bidang lakonan sebab memang minat. Jadi filem Tiket Sehala ini menjadi langkah pertama saya dalam dunia lakonan.

Zaki mahu menceburi bidang lakonan. 

“Sekiranya ada tawaran lain selepas ini, saya tidak akan menolak selagi jalan cerita dan skripnya bersesuaian serta tidak mengganggu jadual kerja seni saya,” katanya.

Selain Zaki, filem itu turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Sharifah Sakinah, Noki K-Clique, Jaa Suzuran dan Ainee Mustafa, selain gabungan pelakon dari Korea Selatan, Thailand serta Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain