TIADA penyingkiran diumumkan pada peringkat suku akhir program Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad Pengumuman tersebut sekaligus menyelamatkan tiga peserta yang mendapat markah terendah iaitu Danny, Yad-Z dan Danial Kifli. Kedua-dua mereka terselamat daripada penyingkiran. Ketiga-tiga mereka mendapat komen yang kurang memberangsanglan daripada juri dalam setiap persembahan. Menerusi peratusan markah Danial berada di di tempat tercorot dengan markah 65.50 peratus. Danial menyampaikan lagu berjudul Cinta Dewa Dewi (Spider)ARTIKEL BERKAITAN: Tersingkir Big Stage X Rocketfuel, Sufie Rose kembali kerja di hotelARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab, Hussain sah peserta ke-11 Big Stage X RocketfuelSementara itu Ranisha diumumkan berada di tempat pertama selepas berjaya memikat hati juri dengan lagu Die On This Hill nyanyian asal Sienna Spiro. BSR diadili oleh juri tetap Akim Ahmad, Aisha Retno dan Hael Husaini selain Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri jemputan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!