suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teka-teki terjawab, Hussain sah peserta ke-11 Big Stage X Rocketfuel

Hussain diumum menjadi peserta Big Stage.

TEKA teki mengenai peserta misteri Big Stage X Rocketfuel akhirnya terjawab apabila penyanyi Hussain diumumkan sebagai peserta ke-11 program berkenaan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam Ahad.

Hussain yang juga naib juara Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) membuat kemunculan dengan mendendangkan lagu Lelaki Ini yang pernah dipopularkan oleh Anuar Zain.

Malah, penyanyi itu turut menyapa para penonton dengan melambai tangan sebaik sahaja selesai membuat persembahan.

Hussain, Cik B dan Azeva terlibat dengan program Big Stage kali ini.

Penyertaan Hussain sekali gus menambah saingan kepada 10 peserta lain iaitu Sufie Rose, Filo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta satu-satunya peserta berkumpulan, duo Adam dan Nazmie.

Kesemua peserta bakal dinilai oleh tiga juri tetap iaitu Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedia dikritik jadi juri Big Stage X Rocketfuel

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli sertai Big Stage untuk ubah nasib keluarga

Sementara itu, satu lagi teka-teki turut terjawab apabila Cik B diumumkan sebagai pengacara gandingan Wafiy di Buzz Big Stage.

Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria serta platform Astro Go setiap Ahad pada pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain