suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak boleh panas terik, nanti rasa nak pitam – Khaty Azean

Khaty tiada penyakit kronik.

PELAKON veteran, Khaty Azean mendedahkan dia perlu mengelak daripada berada terlalu lama di bawah cuaca panas terik kerana keadaan kesihatan yang dialami sejak kecil.

Khaty atau Norazian Salehan, 60, berkata situasi itu boleh menyebabkan dirinya mudah pitam secara tiba-tiba.

Namun. katanya ia masih terkawal dan tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon selama ini.

Khaty tak boleh kena panas terik.

“Di lokasi penggambaran mereka (kru) memang sudah tahu keadaan saya dan akan sediakan air mineral.

“Bila rasa nak pitam saya akan terus minum dan rehat seketika,” katanya kepada mStar.

Jelasnya, masalah tersebut berpunca daripada keadaan kesihatan sejak kecil yang melibatkan saluran dalam badan yang sedikit tersumbat.

“Doktor pernah beritahu ada satu saluran yang tersumbat sedikit, tapi tak bahaya. Tak perlu pun buat pembedahan. Cuma tak boleh panas,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu rumah jadi penyelamat, bantu Fauziah Nawi setiap kali kelas online... Sasar ‘graduate’ tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu ‘back up’ Aisha Retno isu ubah lirik lagu Indonesia... Jangan sekat kreativiti penyanyi

Bagaimanapun, Khaty bersyukur tahap kesihatannya masih baik dan dia masih mampu meneruskan kerja seperti biasa.

“Alhamdulillah, saya masih lagi maintain buat masa ini. Kalau nak suruh melompat pun boleh lagi. Saya tiada penyakit serius,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Khaty mengakui tawaran lakonannya kini semakin berkurangan berbanding dahulu, namun menganggap ia sebagai lumrah dalam industri seni.

Khaty bijak cari peluang bila tiada tawaran lakonan.

“Kalau dulu mungkin dapat dua tawaran sekali gus, sekarang ini satu sahaja. Tapi masih ada rezeki,” luahnya.

Selain berlakon, Khaty turut aktif dalam bidang pengacaraan dan beberapa cabang seni lain bagi meneruskan kelangsungan kerjayanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain